PETALING JAYA: Pengacara dan artis serba boleh, Awal Ashaari tidak sampai hati untuk membatalkan tempahan produk IKS yang sudah ditempahnya untuk tujuan jualan bazar raya.
Suami kepada Scha Alyahya berkata, pesanan yang dibuat tetap diambil dan pihaknya menukar strategi pemasaran secara online.
“Tidak adil dan tak sampai hati saya untuk membatalkan pesanan yang sudah dibuat. Malah memang saya sudah berniat untuk membantu mereka yang mengeluarkan produk IKS ini.
“Mula-mula saya terdiam juga, sebab tempahan memang banyak. Tapi bila bincang dengan pasukan dan Scha saya tetap teruskan,” katanya kepada Gayah di sini.
Awal berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Schambal by My Amina Food di Cookhouse Glo Damansara.
Pasangan suami isteri itu melancarkan produk terbaharu dalam bidang makanan yang diceburi mereka Schambal di bawah keluaran My Amina Food.
Dua variasi sambal diperkenalkan iaitu Sambal Ikan Bilis dan Sambal Tempe.
Bercerita mengenai produk itu, Scha berkata idea mengeluarkan produk itu tercetus saat hamilkan puteri keduanya Lyla Amina.
“Saya gila makan pedas, memang suka sangat yang pedas. Jadi saya bincang dengan Awal untuk cari produk sambal yang kena dengan citarasa kami.
“Selepas enam bulan cuba dan suaikan resepi yang ada akhirnya lahirlah Schambal,” katanya.

Schambal by My Amina Food khas dedikasi untuk anak terbaharu mereka dan baik Awal mahupun Scha berharap ia dapat menjadi legasi perniagaan buat anaknya itu.
Untuk permulaan, sebanyak 10,000 peket Schambal dikeluarkan dengan harga promosi RM25 bagi sekotak 150 gram.
Gayah dah try, memang sedap Schambal. Paket pun cantik dan eksklusif. Bak kata Awal, macam beli kosmetik.
You may also like
-
Aina Abdul : Bukit Bintang Done, Bukit Jalil Next!
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Liza Hanim Sedia Bersaing – Ziana Zain Iktiraf Liza Bak Berlian
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu