February 9, 2025

ABPBH 33 Norma Baharu

KUALA LUMPUR: Anugerah pilihan peminat paling lama bertahan, Anugerah Bintang Popular BH bakal berlangsung dalam norma baharu Jumaat ini.

ABPBH 33 tetap berjalan tanpa kehadiran penonton, namun menjanjikan satu malam yang membariskan persembahan mantap bintang lama dan baharu.

Orang kuat ABPBH Shamshul Azree berkata anugerah berprestij itu diteruskan sebagai usaha menghargai industri seni serta tradisi anugerah ini yang menjadi jalinan antara artis dengan peminat.

Tarikan barisan artis yang membuat persembahan juga mampu menarik penonton mengikuti siaran langsung ABPBH kali ini dari rumah.

Hakikat yang harus diterima dengan situasi semasa, tetapi bukan alasan untuk tidak mencari cara memastikan acara gilang gemilang dan berprestij ini berlangsung.

Shamshul bersama trofi idaman ramai.

Shamshul Azree berkata, ABPBH 33 akan menjadi tanda aras dalam menganjurkan program anugerah hiburan dalam norma baharu pada masa depan.

“Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, ini adalah tanggung jawab yang wajib dipikul apatah lagi peranan BH sebagai media arus perdana dan penganjur acara hiburan seumpama ini.

“Kami juga sedar peranan kami dalam menjana ekonomi, memberi peluang kepada artis dan penggiat seni termasuk syarikat produksi dan kru untuk mencari rezeki dan seterusnya membangunkan industri seni tanah air,” katanya.

Malam kemuncak ABPBH 33 di Axiata Arena akan disiarkan secara langsung di saluran Tonton, YouTube TV3 dan BH termasuk laman web ABPBH di www.abpbh.com.my pada 13 November ini, mulai jam 9 malam.

Gayah teruja terutamanya menantikan duo adik beradik power vocal Azlina dan Liza Aziz. Dua bintang yang berjaya Gayah jejaki dan buat photoshoot saat mula bergelar penulis hiburan.

Wartawan BH Farihad bersama Azlina dan Liza Aziz. (Instagram Bobo)

Jangan lupa kita saksikan ABPBH 33. Lain dari biasa!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts