December 8, 2024

Takut Salah Faham – Wan Sharmila

PUTRAJAYA: Ramai yang dikaitkan sedang berkawan dengan Shuib, selepas pelawak yang juga suami kepada penyanyi arwah Siti Sarah Raisuddin mengakui sedang mengenali seseorang. 

Seorang daripadanya ialah pelakon Wan Sharmila selepas tukar video dia sedang melayan keletah anak perempuan pasangan Shuib dan Sarah, Dzahira Talita Zahra, 9.

Ketika bertemu dengan wanita yang mesra disapa Lala ini berkata, dia memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai hal dia mesra dengan satu-satunya anak perempuan Shuib itu.

“Kalau pasal ini saya tak nak jawab apa-apa, takut tersalah cakap mungkin apa yang saya cakap dengan tujuan lain tapi ditafsir jadi lain dan menyinggung pihak tertentu.

“Jadi saya rasa baik jangan ckap apa apa kut,” katanya.

Wan Sharmila, 40, berkata dia kebetulan berjumpa dengan Talita kerana memang merupakan seorang pembeli tudung keluaran Loveta.

“Saya pakai Loveta sebab selesa bukan sebab dapat, malah memang saya beli juga. Arwah pun ada bagi juga.

“Lagipun saya memang suka tudung sarung,” katanya.

Mohon pengertian, dia berulang kali meminta maaf dan memilih untuk tidak bercakap lagi mengenai usik-usik netizen mengenai dirinya antara calon pilihan untuk ibu kepada anak Shuib.

“Cuma takut nak cakap lebih-lebih dan untuk memanjangkan cerita. Bagi saya, saya pohon doakan yang baik-baik buat saya dan doa yang baik-baik buat dia dan keluarga,” katanya.

Lala kini sibuk di lokasi penggambaran drama 7 Hari Mencintaiku 3 yang bakal disiarkan di TV3.

Dia juga berkongsi teruja kerana bakal muncul dalam drama Wan Senja sempena Syawal bergandingan dengan primadona Fauziah Ahmad Daud. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts