Kumpulan Forteen memberi jaminan mereka akan muncul lengkap sebagai ahli kumpulan terutamanya dalam persembahan yang dijayakan.
Ariz, One dan Ameer berkata, mereka akan memastikan setiap ahli memberikan komitmen dan tidak ambil mudah apabila mereka diundang untuk persembahan.

“Kami bebas untuk menerima tawaran secara individu tetapi apa yang pasti apabila kami diperlukan sebagai Forteen kami semua akan muncul.
“Itu janji kami dan lambang kami sentiasa bersama memperjuangkan kumpulan ini,” kata Ariz.
One turut senada dan berkata, Forteen nekad memastikan kumpulan itu terus kekal dalam persada seni.
Ameer berkata, kesemua mereka terharu dengan sokongan berterus peminat yang mahukan Forteen meneruskan kerjaya dalam bidang muzik.
Bagi kesemua mereka, Forteen bertahan kerana kerjasama dan penyatuan ahli-ahlinya bukan pada individu.
Forteen juga kini bernaung di bawah pengurusan Indigital Sdn Bhd.
Terkini, Forteen muncul dengan single Diam Saja ciptaan Adam Armin dan Yusuf Khan.
Jika didengari single berkenaan bagaikan satu ekspresi terhadap apa yang melanda kumpulan berkenaan dengan bekas ahli mereka.
Kesemua mereka bagaimanapun menafikan perkara itu dan menganggap ia hanya sebuah lagu semata-mata.
“Kami masing-masing sudah capai kata sepakat dan move on. Kita teruskan hala taju kita.
” Kami sama-sama doakan supaya terus berjaya dalam industri,” katanya.
Gayah percaya Forteen mampu terus cemerlang. Ingat tak ketika mereka bersaing dalam Gegar Vaganza lalu.
Mereka antara yang memberikan cabaran. Keep going Forteen, flying high.