December 1, 2022

Gegar Lahir Pelapis Pelakon

Stesen radio GEGAR muncul antara yang pertama menganjurkan inisiatif untuk melahirkan bakat pelapis dalam bidang lakonan.

Meskipun sebuah stesen radio, orang kuat stesen radio Gegar, Raja Nadia Salwana berkata, mereka terpanggil untuk menyediakan platform mencungkil bakat terpendam pendengar mereka.

“Kami percaya pendengar Gegar juga mempunyai bakat yang layak diketengahkan. Kami menerima sambutan yang baik.

” Lebih seribu kiriman video uji bakat kami terima, sebelum dipilih menjadi 50 dan akhirnya enam mara ke peringkat akhir,” katanya.

Raja Nadia gembira dengan penganjuran Cameo Gegar.

Katanya. Gegar turut komited memainkan lagu runut bunyi dari drama tempatan yang disiarkan.

Program yang dinamakan Cameo Gegar turut mendapat sokongan bahagian drama Astro Ria.

Pada pertandingan akhir yang diadakan di Bukit Jalil Golf Resort itu membariskan juri termasuk pengarah terkenal Michael Ang.

Fadhli Masoot penuntut jurusan teater ASWARA muncul juara sulung Cameo Gegar menewaskan lima yang lain.

Dia yang tidak pernah menyertai pertandingan dan menghadiri uji bakat sebelum ini, gembira walaupun menghantar penyertaan di saat akhir.

Fadhli juara sulung Cameo Gegar.

“Saya kurang yakin dengan diri sendiri. Saya selalu fikir saya kurang serba serbi. Syukur ini rezeki buat saya,” katanya.

Dia juga akan muncul dalam Astro Megadrama sebagai pelakon hasil kejayaannya itu.

Seorang lagi finalis, Faha Azhar turut menerima kejutan apabila ditawarkan berlakon dalam drama bersiri arahan Michael Ang bersama bintang seperti Scha Al Yahya dan Sherry Alhadad.

Faha juga bertuah.

“Saya sangat gembira dan tidak sangka dengan tawaran ini. Saya akan gunakan sebaik mungkin peluang yang diberikan,” katanya yang berpengalaman sebagai pelakon pembantu dan tambahan.

Gayah seronok dengan stesen Gegar ni sebab selalu lain dari lain. Patutlah jadi Permata Pantai Timur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts