PETALING JAYA: Pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir bakal menimang cahaya mata perempuan pada hujung September ini.
Bayi sulung mereka itu bakal dilahirkan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta.
Pengumuman itu dibuat dalam satu video yang dimuat naik di saluran YouTube mereka kira-kira jam 9 malam tadi.
“Alhamdulillah semuanya berjalan seperti dirancang dan kami berjaya rahsiakan perkara ini dari pengetahuan semua termasuk keluarga,” kata Nabil dalam sesi Zoom bersama media sebentar tadi.
Ayda, turut mengakui gembira kerana semua pihak mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat dirinya dan bayi.
“Syukur semuanya dalam keadaan baik dan saya juga mendapat sokongan dan kasih sayang sepenuhnya dari Nabil serta keluarga.
“Saya sudah bersedia dan Insya-Allah semuanya akan selamat serta mohon doakan buat saya,” katanya yang bakal melahirkan bayinya dalam tempoh sebulan dari hari ini.
Sementara itu, Ayda mengakui turut mengambil langkah berjaya-jaga dengan tidak keluar rumah ekoran situasi pandemik Covid-19.
“Alhamdulillah saya sudah lengkap dua dos vaksin tapi tetap tidak keluar tanpa urusan penting.
“Saya juga ada kumpulan sembang ibu hamil bagi berkongsi dan bertanya hal yang berkaitan,” katanya.
Nabil menambah, mereka masih belum memilih nama buat puteri sulung yang bakal dilahirkan, namun sudah ada beberapa senarai.
“Saya mahu nama anak saya ada makna yang baik kerana panggilan itu satu doa,” katanya yang sah menjadi suami Ayda pada 1 Januari lalu.
Pasangan ini juga bersyukur kerana hampir kesemua kelengkapan menyambut orang baharu mendapat tajaan.
“Paling tak sangka ada jenama produk yang sudah berminat mengambil anak kami untuk bekerjasama dengan mereka,” kata Ayda.
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad