KUALA LUMPUR : Adik kepada pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah iaitu Amirul Adni Rustam kesal dengan sikap abang iparnya Alif Tega yang seolah-olah bersandiwara selepas mengaku sudah berkahwin dua.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Amirul dilihat mendedahkan wanita yang menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Aisyah dan Alif.
“Disebabkan lelaki itu (Alif) tak nak dedahkan tentang minah itu, maaf saya yang akan dedahkan.
“Banyak masalah kau dalam syarikat. Memfitnah staf lain sampai diberhentikan. Menipu untuk bekerja! Buruk betul perangai ya ampun,” kongsinya.
Sementara itu, di hantaran berbeza Amirul mendakwa Alif yang juga merupakan seorang ‘influencer’ sudah menjalin hubungan sulit dengan wanita terbabit sejak setahun yang lalu.
Dakwa Amirul, bukan setakat dirinya terkejut dengan perbuatan Alif malah seluruh ahli keluarga.
Pada malam Ahad, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani mengumumkan dia sudah bernikah lain.
Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga. – GayahIsTyping
You may also like
-
Seeking Rahma 2025 Angkat ‘Janji Yang Pasti’ – Mohamed Tarek Turut Buat Persembahan
-
Gah 16 Tahun Di Pantai Timur – Maamy Mineral Essence Perluas Empayar Ke Lembah Klang
-
Perisma Hargai Sokongan Selebriti – Fokus Usaha Jaga Kebajikan
-
Sufian Suhaimi Sah Bernikah – Bergelar Suami Kepada Rania AL Sadat
-
Bukan Larian Biasa – Muadzam Lebarun 2025 Langkah Ceria Kilometer Raya