Tanpa had umur, asalkan anda ada keinginan untuk belajar dan mencapai cita-cita, andalah yang dicari.
Seniwati dan primadona seni Fauziah Ahmad Daud atau Kak Ogy membuka peluang berharga untuk semua personaliti online dan Instafamous untuk menjadi lebih baik dari aspek penyampaian, penampilan dan pengucapan awam.

Menerusi terbitan OgyTV, dinamakan Spotlight merupakan rancangan realiti seumpamanya yang pertama secara online.
“Bukan setakat saya, peserta juga akan dilatih oleh orang-orang berpengalaman industri untuk mempersiapkan mereka.
“Kita buka kepada semua tidak kira warganegara, jantina dan umur,” katanya.
Meskipun pada awalnya, ada had umur yang ditetapkan namun Ogy berkata, lebih baik untuk membuka peluang kepada semua tanpa mengira umur.
Beliau yakin perkongsian akan lebih menarik apabila membabitkan pelbagai peringkat umur. Yang muda dan berusia boleh saling bertukar pandangan.
Bercerita lanjut, Ogy berkata rancangan itu dijangka berlangsung selama 10 minggu dengan pelbagai aktiviti dan pengisian yang berkaitan buat peserta.
Katanya setiap minggu akan ada penyingkiran dalam mencari mereka yang layak diberikan Spotlight.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Gib Idris di talian 0102003360.
You may also like
-
Aina Abdul : Bukit Bintang Done, Bukit Jalil Next!
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Liza Hanim Sedia Bersaing – Ziana Zain Iktiraf Liza Bak Berlian
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu