October 11, 2024

Pendedahan Sarah Yasmine – Bella Astilah Syukur Kebenaran Makin Terserlah

KUALA LUMPUR: Pelakon Bella Astilah mengakui pernah berjumpa dengan wanita yang mengakui kekasih terbaharu kepada suaminya Aliff Aziz.

Dia berkata pernah berjumpa dengan wanita berkenaan yang menceritakan dan mengakui menjalin hubungan cinta dengan Aliff.

“Saya memang ada bertemu dengan Sarah dan dia mengakui serta meminta maaf kepada saya,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Universal Music di sini.

Tambah Bella, dia juga bersyukur kerana kebenaran mengenai kemelut rumah tangganya semakin terserlah dan terbuka.

“Inilah kemanisan bila kita bersabar dan kebenaran semakin jelas serta terbongkar.

“Saya mahu semua ini berakhir dengan segara dan semua bukti dan pendedahan ini menjadi bukti di mahkamah,” katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga tidak menolak dakwaan yang mengatakan ada komplot untuk menjatuhkan dirinya.

Bella juga mengaitkan nama pelakon Ruhainies yang ditangkap berkhalwat dengan suaminya mengenai cubaan itu.

“Kalau kita tengok bukti teks WhatsApp yang didedahkan Sarah juga jelas mengenai perancangan yang dibuat.

“Malah nama Ruhainies juga turut disebut dalam teks berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, seorang wanita dikenali dengan nama Sarah Yasmine mengakui kekasih kepada Aliff dan mengetahui segala perancangan mengenai kemelut rumah tangga pasangan pelakon itu.

Malah dalam perkongsian di laman Instagram milik wanita itu turut memuat naik video dia dicium Aliff. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts