Gayah, kalau bab bercuti, memang suka sangat dan Gayah juga yakin, semua orang suka pergi bercuti. Selain dapat melihat keindahan dan keunikan di tempat orang, kita juga akan dapat banyak pengalaman baru.
Baru-baru ini Gayah berkesempatan bercuti ke Bangkok dan Pattaya. Lama juga Gayah tidak pergi ke sana, terkejut Gayah melihat pembangunan di ibu kota Thailand itu. Bangunan pencakar langit terdapat di kiri kanan jalan sepanjang perjalanan Gayah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dong Mueng ke hotel penginapan.
Jarak ke hotel lebih kurang 30 minit saja tetapi disebabkan kesesakan jalan raya, perjalanan boleh jadi dua jam. Sabar aje lah! Kota Bangkok boleh diibaratkan bandar yang ‘24 jam bernyawa’ – tidak pernah tidur dan sentiasa bergelora.
Gayah kagum melihat pusat beli-belah yang besar bagi ‘melayan’ selera membeli-belah penghuni kota metropolitan itu yang melebihi 14 juta orang.
Bangkok adalah bandar progresif yang sedang pesat membangun dari segi ekonomi yang mampu ‘mengejar’ Singapura dan Hong Kong.
Pembangunan yang sedang dikecapi oleh negara itu juga bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana Bangkok antara destinasi pelancongan popular di dunia.
Negara Gajah Putih itu menawarkan tarikan pelancongan yang sukar di tolak. Rakyatnya sangat menjaga adat dan budaya mereka, Raja Thailand dianggap jelmaan Tuhan atau dewa mereka di dunia.
Mereka yang ‘gila shopping’, Bangkok ada banyak pasar malam dan ia bukan pasar malam yang biasa-biasa ye…tetapi lokasi yang sangat luas, teratur dan sangat bersih. Semua barang yang anda inginkan, ada di rasa. Harganya!! memang lumayan murah.
Gayah sempat pergi ke New Ratchada Train Market. Di sana juga ada cafe hipsters dengan konsep menarik.Pasar malam terkenal dan ‘wajib’pergi iaitu Chatucak Weekend & Street Market.Sehari memang tak cukup untuk ‘explore’ – dan Gayah ‘berhajat’ untuk ke sana lagi.
Gayah juga ke pasar malam Asiatique Riverfront Street Market yang terletak di Sungai Chao Phraya.
Keadaan di sini lebih tenang dan kurang sesak berbanding pasar-pasar malam lain di Thailand dan menjanjikan pengalaman shopping yang lain dari yang lain.
Disediakan juga perkhidmatan menaiki bot percuma menyusuri Sungai Chao Phraya untuk melihat limpahan cahaya malam di Bangkok.
Banyak lagi pasar malam di Bangkok dengan keunikan tersendiri dan Gayah rasa, kalau kita nak pergi ke semua pasar malam itu, kalau setakat bercuti sehari dua di sana, memang tak cukup masa.
Oklah, kita tukar topik makanan pula kerana memang tak lengkap kalau tak bercakap bab makan minum ini kerana Bangkok juga adalah ‘syurga selera’ .
Senang cari makan di sana.‘Street food’ terdapat di mana saja. Jejak je kaki di Bangkok, terus terbayangkan tom yam, som tam dan pulut mangga.
Di luar pusat beli-belah pun ada gerai dan anda boleh mencuba juadah eksotik negara itu. Selama lima hari empat malam Gayah berada di negara itu, cuaca agak panas jadi gerai air menjadi tumpuan Gayah.
Cara mereka menyusun botol-botol jus itu saja, sudah cukup membuatkan Gayah terpesona.
Ada jus segar jambu batu, campuran jus markisa (passion fruit) dengan limau oren, jus delima, jus lime, jus campuran ubi bit merah (beetroot) dengan epal hijau dan lemon – selain berkhasiat ia sangat menyegarkan.
Tetapi Gayah paling suka jus markisa yang rasanya masam dan jus lime. Berbotol-botollah Gayah beli. Harganya pun sangat berpatutan. Kalau beli tiga botol harganya 10 baht – lebih kurang RM13.
Cara penjual menyusun atur barangan jualan mereka dengan gerai-gerai yang menarik, memang betul-betul membuka selera.
Oklah, kalau Gayah cerita lebih-lebih bab makanan ini, nanti ada yang tak sabar nak ‘terbang’ ke sana. Gayah berhenti di sini dulu, nanti Gayah akan sambung cerita lagi untuk siri seterusnya. Banyak lagi yang menarik di Bangkok termasuklah budaya dan keseniannya.
Pattaya pula, bandar yang ‘hidup’ pada waktu malam. Cuaca yang sedia panas dihangatkan lagi dengan aktiviti malamnya, tunggu ye, Gayah akan bongkar ‘rahsia malam’ di pulau pelancongan terkenal di dunia itu.
Oh lupa Gayah nak bagi tau, percutian Gayah ke sana ‘dibawakan’ oleh Raza Holidays. Terima kasih Cik Man kerana menjadi ‘tour guide’ yang sangat penyabar.
You may also like
-
RR By Rizman Ruzaini Kekal – Tambah Koleksi Selain Baju
-
Raikan Ramadan & Syawal – Julung Kali Di Damas Ramadan Market
-
Duo Pereka Fesyen Lancar Lagu Raya – Siti Nurhaliza & Aliff Syukri Sumber Inspirasi
-
Kemeriahan Ramadan & Syawal Sudah Bermula Di Malawati Mall – ‘Syawal Membayu’ Angkat Nostalgia Suasana Kampung
-
SVG Worldwide Lancar Fesyen Streetwear 2025 – The Journey by Ashraf Anuar