September 13, 2024

Neera ok je sumbang

Murung selepas mendengar suaranya menyanyi. Ungkapan itu tentunya memberikan tamparan hebat buat penyanyi, Neera Azizi.
Akibat insiden terkucil menyanyi di sebuah program TV secara langsung itu, memberikan kesan seumur hidup kepada penyanyi tinggi lampai itu.

Gayah kasihan melihat kutukan dan cercaan yang diterima Neera. Bagaimanapun, kontroversi menyanyi hancur tidak sesekali dijadikan penghalang untuknya meneruskan kerjaya nyanyian.

“Bohonglah saya tidak terpukul dengan kutukan netizen dek insiden berkenaan. Malah, ada yang meminta saya berhenti menyanyi.

“Lebih teruk, ada yang mendakwa murung mendengar suara saya. Tidak mengapa, segala-galanya saya telan walaupun pahit.

“Saya tahu, ramai masih ragu-ragu dengan bakat saya. Apabila menyanyi, ada saja mata memerhati mahu mencari kesilapan yang dilakukan.

“Saya tidak akan sesekali berputus asa. Insiden berkenaan ada baik dan buruknya. Saya berusaha membuktikan suara saya tidak sumbang seperti yang didengar,” katanya.

Neera berkata, dia tidak akan berhenti menyanyi walaupun menerima kutukan berbakul-bakul.

“Saya akan muncul dengan single kedua berjudul Lelaki Karat ciptaan dan lirik Iswandy, tidak lama lagi.

“Saya sudah memperkenalkan lagu ini ketika mengadakan persembahan pada malam Anugerah Telenovela 2018. Di situ, saya membuktikan keupayaan saya sebagai penyanyi.

“Ramai memuji suara saya tidak seperti mereka dengar sebelum ini. Bagilah saya peluang perlahan-lahan mengasah bakat nyanyian,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts