Juadah dan hidangan di meja antara elemen penting dalam kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina. Malah, hidangan turut memainkan peranan sebagai metafora meraikan sambutan.
Gayah berpeluang mencuba sendiri hamparan hidangan di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam sempena sambutan sempena tahun harimau pada kali ini.
Pastinya menu Yee Sang menjadi tarikan utama setiap tahun tak terkecuali tahun ini. Enam seleksi pilihan membuka selera. Lebih dari itu pasti membawa ong!
Yee Sang dengan bahan premium seperti hirisan salmon segar membuatkan hidangan bersama keluarga lebih bermakna dengan harapan masa depan yang lebih cemerlang, bahagia dan kaya.
Dijamin halal dengan citarasa hotel bertaraf antarabangsa pada harga mampu mampu bayar.
Bukan sahaja sesuai untuk keluarga, anda juga boleh raikan tahun baru kali ini bersama teman dan jaringan perniagaan menerusi pakej yang disediakan.
Yalah, kitakan sudah lama tak dapat berkumpul bersama-sama. Jadi ini masanya sesuai dengan hidangan istimewa dari Mardhiyyah Hotel & Suites.
Antara hidangan termasuklah sup herba ayam, manisan istimewa chef, ikan kukus, ayam kampung stim, udang panggang, sayuran segar dan macam-macam lagi.
Tung Yuen Chinese Restaurant di Mardhiyyah Hotel & Suites pilihan terbaik dengan harga bermula RM48 (Yee Sang) dan hidangan makan malam mewah bermula kira-kira RM115 sekepala.
Buat tempahan di 03-55118811 ext 2616 atau WhatsApp/hubungi talian 0192616847.- GayahIsTyping
You may also like
-
Brik Raikan Ulang Tahun Pertama – Perkenal 21 Beg Baru Pelbagai Warna
-
Precious Of Malaysia Ke Kota Paris – Istimewa Kehadiran Sultanah Nur Zahirah Di Malam Gala
-
Precious Of Malaysia Iktiraf Pereka Muda – Cabar Empat IPT Bersaing Dengan Pereka Sebenar
-
Terjemahan Patriotik Fazura – Lancar 12 Rekaan Tudung Khas Sempena Merdeka
-
Labur RM600,000 Lahirkan Liquffe – Nikmati Kopi Tanpa Bancuh