October 11, 2024

Mesti Cuba Mee Kari Buffet Hi-Tea Hotel Melia KL

KUALA LUMPUR : Mee Kari paling sedap! Itu tarikan utama untuk mereka yang gemar menjamu selera di Buffet Hi-Tea.

Tapi bukan sembarangan Mee Kari. Anda perlu ke Hotel Melia di tengah ibu kota untuk menikmati sendiri kesedapan Mee Karinya.

Bukan setakat itu, pelbagai hidangan lain turut disediakan termasuk cita rasa Sepanyol dan Itali.

Mereka yang mempunyai tekak desa juga jangan khuatir, kerana ada pelbagai ulaman kampung dan hidangan menggamit kenangan seperti roti jala disediakan.

 

Lebih menarik, harga buffet yang anda bayar turut merangkumi seleksi pilihan ais krim Sangkaya.

Buffet Hi-Tea Hotel Melia di ruangan The Kitchen itu juga selesa dan sesuai untuk seisi keluarga.

Eksklusif setiap Sabtu bermula November ini dengan harga RM98++ bagi dewasa dan RM50++ kanak-kanak pasti membuatkan anda tersenyum puas.

Bagi anda yang ingin mencuba boleh hubungi 0122141308 atau email ke sales@melia.my – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts