January 19, 2025

Syurga BBQ Di Royale Chulan KL

KUALA LUMPUR : Segar dan menyelerakan. Dua perkataan paling tepat untuk gambarkan pilihan makan malam hujung minggu di Royale Chulan Kuala Lumpur.

Setiap hidangan di BBQ Poolside Diner hotel ini menawarkan lambakan menu yang memberi nilai untuk wang anda.

Semua jenis makanan laut, ayam, kambing dan daging boleh dinikmati dan dibakar dengan rasa segar bak baru ditangkap dari laut.

Bukan itu sahaja, hidangan lain turut disajikan termasuk yong tau foo, makanan Jepun, lauk pauk, kerabu dan masakan panas termasuk pasta serta char kuey teow yang dimasak mengikut citarasa anda.

Anda boleh custom made ikut selera masing-masing.

Lebih menarik trend makanan popular steamboat hot pot dan grilled juga disediakan dengan pilihan dua sup.

Pemanis mulut juga lengkap dengan kuih tradisional serta potongan kek yang pelbagai.

Jangan buntu, bawa keluarga dan yang tersayang setiap Jumaat dan Sabtu. Bukan saja makan sedap, suasan dan pemandangan juga menarik!

BBQ Poolside Dinner
Setiap Friday & Saturday
6.30pm -10.30pm
Dewasa RM128 nett
Kanak-Kanak RM64 nett (5-12 tahun)

 

Gayah memang senyum sampai telinga. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts