MySihat Expo 2026 Himpun Kesihatan, Kecergasan, Makanan & Gaya Hidup Di MAEPS – Tawar Hadiah Cabutan Bertuah Kereta, Tiket Konsert BTS & Konsert Gema Bumantara

SERDANG: Mahu buat pemeriksaan kesihatan, dapatkan konsultasi pakar, sertai aktiviti kecergasan sambil menikmati makanan dan berpeluang membawa pulang hadiah menarik? Semuanya bakal dihimpunkan menerusi MySihat Expo 2026 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), dari 9 hingga 11 Oktober ini.

Dianjurkan Moonman Events bersama United Expo, ekspo selama tiga hari itu menawarkan kemasukan percuma kepada orang ramai dengan pendekatan yang menggabungkan aspek kesihatan, kesejahteraan, makanan dan gaya hidup untuk seisi keluarga.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Moonman Events, Boo Dickson, MySihat diwujudkan sebagai acara sehenti yang membolehkan pengunjung mendapatkan pelbagai perkhidmatan berkaitan kesihatan dalam suasana lebih santai dan mesra keluarga.

Antara tarikan utama adalah saringan kesihatan percuma dan konsultasi pakar melibatkan lebih 10 hospital serta institusi kesihatan swasta termasuk Institut Jantung Negara (IJN), KPJ Healthcare, UMSC, Avisena Specialist Hospital, Assunta Hospital dan ALTY Orthopaedic Hospital.

Menariknya, MySihat Expo 2026 bukan sekadar tertumpu kepada pemeriksaan kesihatan apabila pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti seperti Zumba, yoga, fun run, cabaran kecergasan, ceramah kesihatan serta bengkel kesejahteraan sepanjang acara berlangsung.

Pada masa sama, dua lagi acara turut berlangsung di bawah satu bumbung iaitu FRAGMANIA, yang menghimpunkan jenama wangian serta peminat aromaterapi dan minyak wangi, selain Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta yang mengetengahkan hidangan tempatan, konsep makanan berkhasiat, persembahan hiburan dan aktiviti komuniti.

Bagi pengunjung yang mahu berehat selepas mengikuti aktiviti, Comfort & Care Zone yang dibawakan REST N GO turut disediakan sebagai ruang santai khas sepanjang ekspo.

Lebih mengujakan, pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah termasuk tiket Hot Wheels Monster Trucks Live, tiket konsert BTS World Tour di Kuala Lumpur serta konsert Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Gema Bumantara peralatan kecergasan rumah Speediance, produk Gintell, baucar perkhidmatan ALTY Orthopaedic Hospital serta hamper daripada Farm Fresh dan Eclipse.

MySihat Expo 2026 turut mendapat sokongan serta pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Tourism Malaysia/MOTAC, selain kerjasama Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) sebagai Rakan Kongsi Strategik.

Acara berlangsung dari Jumaat hingga Ahad, 9 hingga 11 Oktober 2026 di MAEPS Serdang dan terbuka secara percuma kepada orang ramai.

Pengunjung digalakkan membuat pendaftaran awal menerusi www.mysihatexpo.com bagi mendapatkan pas masuk serta melayakkan diri menyertai cabutan bertuah yang ditawarkan. – GIT MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *