KUALA LUMPUR : Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof mengesahkan beliau menyertai PAS seperti kenyataan orang kuat parti itu.
“Ya, saya sudah sertai PAS.
“Saya sertai PAS kerana saya percaya perjuangan yang dibawa PAS bukan sekadar retorik dan parti ini bukan seperti yang digembar-gemburkan pihak lawan,” katanya susulan kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Selaku Ketua Penerangan Muafakat Nasional Selangor, Eizlan akui, pengalaman politik lebih 50 tahun Pengerusi MN itu memberi aspirasi dan inspirasi kepada Eizlan untuk bersama-samanya.
Sementara itu, Eizlan yang juga aktif sebagai pengarah menubuhkan Vibes International Agency, sebuah agensi Tik Tok pada April lalu.
Ia bernaung di bawah syarikat Kami Sempoi International Agency yang diasaskan oleh To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Chin Swee.
“Walau pun baru ditubuhkan, saya berbangga kerana Vibes International Agency telah pun melebarkan sayap sehingga ke Asia Tenggara seperti Singapura dan Indonesia sejak April hasil kerjasama dengan pelbagai agensi TikTok lain, selain bercadang untuk menembusi pasaran Thailand dan Filipina,” katanya. – GayahIsTyping
You may also like
-
RR By Rizman Ruzaini Kekal – Tambah Koleksi Selain Baju
-
Buka Puasa Hari-Hari Dengan Durian Musang King – Buffet Ramadan Hotel Tenera Terus Jadi Pilihan Ramai
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya
-
Anjung Syawal Sasar 1 Juta Pengunjung – Cipta Sejarah Lancar Lagu Raya
-
Duo Pereka Fesyen Lancar Lagu Raya – Siti Nurhaliza & Aliff Syukri Sumber Inspirasi