KUALA LUMPUR : Buah hati kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza memohon maaf kerana tidak dapat menambah hari dan tiket bagi konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac 2024.
Beliau berkata, dia terpaksa membuat keputusan tersebut setelah mengambil kira pelbagai faktor.
“Saya minta maaf tidak dapat tambah bari dan jualan. Kalau saya buat 10 Mac, sudah hampir Ramadan. Kalau 8 Mac pula ia adalah hari terakhir raptai untuk konsert itu.
“Ini saya dan team sudah fikir masak-masak. Sudah cuba untuk pertimbangkan, jadi tak mungkin tambah hari,” katanya semasa sidang media Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza di The Face Suite, Kuala Lumpur.

Penyanyi lagu Menyapa Dunia itu turut memohon maaf kepada mana-mana peminatnya yang tidak dapat membeli tiket konser berskala besar itu.
“Saya mohon maaf sangat ramai tidak berkesempatan sebab tiket sudah habis dijual.
“InsyaAllah konsert seterusnya saya fikir untuk buat selama dua hari,” katanya.
Siti Nurhaliza turut mengakui khabar gembira buat semua peminatnya, kerana dia bakal muncul dengan sebuah lagi persembahan khas pada tahun ini.
“Insya-Allah doakan saya, ada rezeki kita bakal jumpa lagi (konsert) pada tahun ini juga,” katanya yang bakal menunaikan umrah pada 10 Januari ini.
Sementara itu, Siti Nurhaliza mengumumkan Judika akan menjadi penyanyi undangan pada konsertnya yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. .
Siti Nurhaliza berkata, sebahagian jualan tiket konsertnya itu akan disalurkan kepada Yayasan Nur Jiwa untuk membantu umat Islam di Palestin.
Pada 21 Disember lalu, jualan konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza habis terjual dalam tempoh dua jam selepas ia dibuka untuk jualan. – GayahIsTyping
You may also like
-
Dana RM700,000 Menanti Pemenang AIM 24 – Perkenal Tiga Kategori Baharu
-
Seeking Rahma 2025 Angkat ‘Janji Yang Pasti’ – Mohamed Tarek Turut Buat Persembahan
-
Gandingan Aku Ada Zaki Yamani & Putri Dahlia – Simbolik Legasi Darah Seni
-
Keluang Man Adiwira Tempatan Bakal Cipta Fenomena – Strategi Diatur Sejak Tiga Tahun Lalu
-
Lebih 15 Juta Dalam Masa Empat Hari – Ejen Ali The Movie 2 Dapat Sambutan Hebat