Penggemar koleksi RR by Rizman Ruzaini boleh menarik nafas lega kerana duo pereka terkenal itu mengubah fikiran mereka untuk menamatkan produk di bawah jenama berkenaan.
Lebih menarik Rizman Ruzaini memberitahu mereka sebaliknya akan menambah pelbagai Koleksi selain pakaian termasuk aksesori, topi dan beg.
“Kami mengambil kira permintaan ramai yang masih mahu koleksi di bawah jenama RR by Rizman Ruzaini terutamanya baju.
“Kami akan mengekalkan jenama ini dan menambah pelbagai lagi koleksi selain baju untuk memberikan variasi kepada pelanggan,” kata Rizman ketika ditemui pada majlis pelancaran pop up store RR by Rizman Ruzaini di IOI, Putrajaya.
Tambahnya, RR by Rizman Ruzaini kekal menjadi antara segmen penting dalam perniagaanya.
“Saya tidak dapat nafikan sokongan yang kami terima terutamanya dari pelanggan RR by Rizman Ruzaini. Melalui perancangan yang telah kami sediakan tahun ini juga akan menyaksikan jenama ini menjalani perubahan tidak lama lagi.
“Saya yakin sudah sampai masanya RR by Rizman Ruzaini tidak sekadar menjadi pilihan pada satu-satu musim sahaja. Tetapi sepanjang tahun,”katanya.
Mengenai pop up store kali ini, jenama itu mempertaruhkan kualiti dan rekaan terbaik dalam setiap penghasilan jenama ini.
Sama seperti tahun- tahun sebelum ini, RR by Rizman Ruzaini sekali lagi menjadi perhatian melalui barisan koleksi Empress dan basic kurung pleated yang bakal melengkapkan penampilan pelanggan setia jenama ini pada pagi syawal.
Dalam meraikan peminat jenama ini, RR by Rizman Ruzaini tahun ini juga turut menyediakan lokasi RR raya pop up store RR by Rizman Ruzaini yang terletak di IOI Mall dalam memberikan pengalaman berbeza buat pelanggan mereka.
Turut menarik perhatian pastikan potongan harga sehingga 70 peratus buat produk yang dijual di pop up store RR by Rizman Ruzaini.
Berkongsi mengenai usaha ini, menurut Rizman walaupun merupakan kali pertama pihaknya menyediakan pop up store RR by Rizman Ruzaini di IOI, Putrajaya ternyata sambutan yang diterima sangat menggalakkan.
“Kami memang mempunyai fizikal store di dalam pusat membeli belah ini, tetapi ini adalah kali pop up store RR by Rizman Ruzaini dibuka di lokasi ini.
“Kami akan berada di sini selama sebulan, dan istimewanya terdapat potongan harga buat koleksi terdahulu dan terbaharu yang dijual. Jadi buat mereka yang menginginkan pengalaman membeli belah yang selesa boleh datang ke sini untuk mendapatkan produk RR by Rizman Ruzaini,” katanya.
Selain itu, koleksi RR by Rizman Ruzaini juga boleh didapati di Absolut Bazaar @ Mitec, Kuala Lumpur pada 21 Mac ini.
“Saya tidak dapat nafikan sokongan yang kami terima terutamanya dari pelanggan RR by Rizman Ruzaini. Melalui perancangan yang telah kami sediakan tahun ini juga akan menyaksikan jenama ini menjalani perubahan tidak lama lagi
“Saya yakin sudah sampai masanya RR by Rizman Ruzaini tidak sekadar menjadi pilihan pada satu-satu musim sahaja. Tetapi sepanjang tahun,”katanya
Sementara itu tidak pernah menghampakan pelanggan setia mereka, tahun ini juga menyaksikan barisan koleksi Empress yang bakal melengkapkan penampilan penggemar jenama ini pada pagi syawal.
“Koleksi ini memang kami sediakan secara esklusif dan terhad. Inspirasinya tentunya adalah pelanggan kami sendiri, secara peribadi saya melihat mereka maharani, jadi Empress memang direka khas untuk melengkapkan penampilan mereka,”katanya. – GayahIsTyping
You may also like
-
Buka Puasa Hari-Hari Dengan Durian Musang King – Buffet Ramadan Hotel Tenera Terus Jadi Pilihan Ramai
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya
-
Raikan Ramadan & Syawal – Julung Kali Di Damas Ramadan Market
-
Anjung Syawal Sasar 1 Juta Pengunjung – Cipta Sejarah Lancar Lagu Raya
-
Duo Pereka Fesyen Lancar Lagu Raya – Siti Nurhaliza & Aliff Syukri Sumber Inspirasi