Buka puasa setiap hari dengan durian Musang King sepanjang Ramadan menjadi tarikan utama Buffet Ramadan Hotel Tenera Bangi yang sentiasa dinantikan saban tahun.
Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah berkata, berbanding hanya pada hujung minggu, kali ini pelanggan boleh menikmati kira-kira 10 tan buah durian yang sudah disediakan sepanjang Ramadan.
“Kita mendapat permintaan yang tinggi mahukan durian dan pelanggan mahu makan sampai puas.
“Jadi kami membuat keputusan untuk menawarkan raja segala buah itu setiap hari dengan durian berkualiti tinggi iaitu Musang King dari pengeluar tempatan di Raub.
“Kami mahu semua pelanggan berpuas hati untuk menikmati buah durian pada buffet Ramadan kali ini,” katanya ketika ditemui media baru-baru ini.
Mengulas lanjut tentang bufet Ramadan tahun ini, Hotel Tenera membawa tema Serantau Desa, di mana mereka menyelami perasaan anak-anak perantau yang bakal pulang ke kampung,
Seperti biasa, Bufet Ramadan di Hotel Tenera yang bermula pada 3hb Mac – 29 Mac 2025 sentiasa menjadi pilihan pelbagai golongan kerana sajiannya yang sedap, tempat yang selesa dan harga berpatutan buat seisi keluarga. Dan semestinya menu di Hotel Tenera di yakini Halal.
Menurut Fadzly, Bufet Ramadan pada tahun ini masih mengekalkan konsep gerai-gerai seperti di Bazar Ramadan.
Untuk itu, terdapat lebih 40 gerai yang menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti masakan panas, bakar, sup, pasta, pizza, kuih muih, buah-buahan serta aneka minuman.
Bukan itu sahaja, terdapat lebih daripada 200 menu hidangan seperti Nasi Dalcha Lutut Kambing, Asam Pedas Huzz Power, Kariaq ‘mapley’ Kepala Ikan, Kawah Gulai Raja Berangkat, Coq Langgar Padang Merdeka, Tempe Madoran, Kopi Gantung, Teh Chai dan yang pasti dinanti-nantikan buah Durian yang akan disajikan pada setiap hari.
Selain itu, hidangan lain yang pastinya tidak dapat dilupakan adalah Kari Kepala Salmon Jawa, Teriyaki, Lidah Bakar Masih Terasa, Ikan Bakar Sumbat, Shellout, Rendang Tok Perak, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Urat Keting Asam Pedas, Sotong Goreng Simbah Percik, Daging Tetel Gulai Rebung, Ikan Talang Gulai Nenas, Ayam Ungkep, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit dan banyak lagi.
Kesedapan menu-menu hidangan ini adalah hasil air tangan seorang Cef yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul Mat Said iaitu Chef Eksekutif Hotel Tenera.
Keunikan dan keaslian menu yang dihidangkan telah melayakkan Hotel Tenera menerima anugerah berprestij ‘Best Ramadan Buffet’ untuk lima tahun berturut-turut bermula pada tahun 2019 daripada Gastronomy Association of Malaysia.
Hotel Tenera menawarkan harga tempahan awal atau ‘early bird’ pada harga RM98+ sahaja daripada harga asal RM158+/seorang untuk dewasa dan RM78+/seorang untuk kanak-kanak.
Sepanjang bulan Ramadan juga, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk dengan baucar Bufet Ramadan serta hidangan di waktu sahur.
Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat kepada para pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat Terawikh.

Pihak hotel juga membawa wakil daripada Tahfiz Masjid Al-Hasanah, Bangi untuk memimpin solat Jemaah Isyak dan Terawih pada setiap malam disepanjang bulan Ramadan.
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi di talian 03-89299600 atau whatsap 019-3854796/019-2331796 serta media sosial Facebook (Hotel Tenera Bangi) atau instagram (@hoteltenerabangi). – GayahIsTyping
You may also like
-
RR By Rizman Ruzaini Kekal – Tambah Koleksi Selain Baju
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya
-
Lebih 80 Hidangan Citarasa Nusantara – The Venue X Achara Saji Juadah Berbuka Berbaloi
-
Anjung Syawal Sasar 1 Juta Pengunjung – Cipta Sejarah Lancar Lagu Raya
-
Duo Pereka Fesyen Lancar Lagu Raya – Siti Nurhaliza & Aliff Syukri Sumber Inspirasi