March 20, 2025

Raikan Ramadan & Syawal – Julung Kali Di Damas Ramadan Market

Buat julung kalinya Hartamas Shopping Centre menganjurkan Bazaar Ramadan yang dikenali sebagai Damas Ramadan Market. 

Bertempat di Aras 2, Hartamas Shopping Centre, Sri Hartamas Kuala Lumpur mulai dari tarikh 2 Mac 2025 hingga 31 Mac 2025.

Penganjur utama acara ini, MVES Sdn Bhd mengambil inisiatif untuk menganjurkan Bazaar Ramadan dengan tujuan menyediakan ruang untuk orang ramai menikmati tradisi budaya dan merayakan suasana Ramadan bersama keluarga, sahabat dan komuniti.

Acara ini menawarkan lebih daripada 30 peniaga tempatan, yang menyediakan pelbagai pilihan juadah berbuka puasa, kuih-muih tradisional, hamper raya eksklusif dan banyak lagi.

Damas Ramadan Market bukan sahaja menawarkan pengalaman berbuka puasa yang unik, tetapi juga memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati kehangatan dan keharmonian bulan Ramadan dalam suasana yang penuh dengan kegembiraan.

Antara tarikan utama Damas Ramadan Market ini termasuk pelbagai pilihan juadah makanan dan minuman untuk berbuka puasa dengan kawasan berbuka disediakan.

Sesi Moreh selepas Solat Terawikh turut ditawarkan sehingga jam 12.00 tengah malam serta acara berbuka dan solat terawih bersama anak yatim & anak tahfiz.

Pihak penganjur berharap acara ini akan memberi impak positif kepada komuniti setempat dan meningkatkan lagi semangat kemasyarakatan di kalangan penduduk. Penyertaan orang ramai amat dialu-alukan supaya Damas Ramadan Market menjadi destinasi pilihan untuk pengalaman Ramadan yang luar biasa.- GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts