Jika tahun lalu, tampil menganjurkan Konsert Ijmal Cinta Ramadan yang mendapat sambutan positif peminat, kali ini HS Event & Ent Sdn Bhd menampilkan pula Ijmal Cinta Ramadan 2.0 yang bakal diadakan pada 21 Mac di Saloma, Kuala Lumpur.
Program ini menampilkan penyanyi Ramlah Ram, Noorshila Amin, Zur Eda, Man Bai, Ameng Spring, Amir Ukays dan Zamani Slam.
Penganjurnya, Datin Ismariza dan rakan kongsi, Mubarak Akhtar berkata, Ijmal Cinta Ramadan 2.0 seperti biasa akan menampilkan persembahan dengan nilai-nilai spiritual yang sesuai dan bermakna dalam suasana Ramadan.
“Orang ramai yang membeli tiket secara tidak langsung juga turut berpeluang untuk beramal menerusi program ini.”
“Pada petang hari kejadian, akan berlangsung tadarus al-Quran dan tazkirah yang mendalam sebelum kita semua bersama-sama berbuka puasa. Kemudian, kita akan melaksanakan solat Maghrib secara berjemaah.”
“Kita juga akan memberikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim yang diraikan. Selepas itu, solat Isyak dan tarawih akan diadakan. Dan barulah persembahan artis bermula,” katanya.
Mengulangi kebiasaan, penganjur juga tidak melupakan insan seni yang berdepan masalah kesihatan dan kewangan apabila menghulurkan sumbangan.
“Pada acara ini juga, kita turut meraikan 10 anak seni yang berdepan masalah kesihatan dan kewangan untuk kita berikan sumbangan. Semoga ia dapat membantu meringkan beban mereka menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya.
Mengulas berkenaan tujuh artis ini pula, Mubarak berkata, kesemuanya adalah nama-nama besar dan mempunyai kelompok peminat tersendiri dalam industri nyanyian tanah air.
“Selain mempunyai kelompok peminat yang besar, kesudian mereka untuk terlibat dalam program ini juga sesuatu yang luar biasa.
“Saya percaya peminat setia mereka tidak akan melepaskan peluang hadir ke program tahunan ini,” katanya. – GayahIsTyping
You may also like
-
DiA Misha Omar Riwayat Cinta 20 Tahun Buat Semua – Hitam Putih Perjalanan Karier Seni
-
AMT 2025 Catat Lepasi 1 Juta Undian Rasmi – Impak Luar Biasa Sokongan Peminat
-
Keluang Man Kini Di Astro First – Juga Boleh Di Tonton Di Sooka
-
Akhirnya Amir Masdi Dedah Bakal Kekasih – Rakam Muzik Video Di Manchester
-
Luahan Rasa Aisha Retno – Tak Adil Lahir Dari Hati Yang Sedih