Seramai 3,000 peminat membanjiri Arena @ EXPO Singapore sempena Konsert Galau The Finale anjuran SAH Entertainment baru-baru ini.
Kesemua yang hadir teruja menyaksikan persembahan hebat daripada kumpulan Ungu yang menyampaikan lagu hit mereka.
Malah penonton juga turut menyanyi dan melayan rangkaian lagu dendangan artis popular lain termasuk yang Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists.
Menurut Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid, konsert yang berlangsung mencipta satu lagi detik bersejarah dalam industri hiburan di Singapura.
Kejayaan Konsert Galau pada tahun lalu telah mendorong pihak penganjur untuk memberikan yang terbaik pada edisi kali ini, sekali gus memukau para penonton dengan persembahan berkualiti tinggi.
“Terima kasih kepada semua penonton yang hadir serta barisan artis yang telah menjayakan Konsert Galau The Finale.
“Sokongan anda amat kami hargai. Nantikan lebih banyak konsert menarik yang akan dianjurkan oleh SAH Entertainment pada masa akan datang,” katanya. – GayahIsTyping
You may also like
-
Komedi Islamik Dalam Isan Nikah – Filem Tentang Halangan Perkahwinan Gadis Muslim Dan Jejaka Buddha
-
DiA Misha Omar Riwayat Cinta 20 Tahun Buat Semua – Hitam Putih Perjalanan Karier Seni
-
AMT 2025 Catat Lepasi 1 Juta Undian Rasmi – Impak Luar Biasa Sokongan Peminat
-
Keluang Man Kini Di Astro First – Juga Boleh Di Tonton Di Sooka
-
Akhirnya Amir Masdi Dedah Bakal Kekasih – Rakam Muzik Video Di Manchester