Ibu kepada pelakon dan pengacara terkenal, Scha Al-Yahya iaitu Junainah Hashim telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Sabtu.
Berita duka pemergian itu dikongsikan sendiri suaminya iaitu Awal Ashaari menerusi Instagram Story (IG Story).
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung.
“Dengan dukacita memaklumkan ibu mentua saya, Junainah Hashim telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.40 pagi tadi di Hospital Pantai akibat serangan jantung.
“Jenazah telah dikafan dan akan disolatkan di Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala, ” katanya.
Tambah Awal, jenazah ibu mentuanya dikebumikan selepas waktu Asar di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1 sejurus selepas Asar.
Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakan dia, dan ampunilah dosa dan kesalahannya.
Dalam perkembangan lain, Scha sepatutnya muncul sebagai hos bersama Datuk AC Mizal pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-33 malam ini. – GayahIsTyping
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Balai Seni Negara Perkasa Kreativiti Generasi Muda – Program Sayembara Lukisan Karya Agung Cetusan Bakat Mahasiswa YAE Generation Artpreneur