Menepati ramalan ramai, penyanyi prolifik Liza Aziz muncul juara mutlak Gegar Vaganza 11 {GV11} dalam konsert final yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam malam ini.
Liza yang menyampaikan lagu I Surrender dan Cinta duet bersama Kris Dayanti membuktikan dirinya terbaik selepas menampilkan persembahan konsisten setiap minggu.
Liza sentiasa berada di Top 3 sepanjang persaingan GV11.
Liza membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000.
Ning Baizura ditempat kedua dan Sheila Abdul ditempat tiga.
Kesemua peserta diadili oleh tiga juri profesional diketuai Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Endang.
Malam final yang dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Nabil Ahmad turut dimeriahkan dengan artis hebat seperti Datuk Jamal Abdillah, Jaclyn Victor, Dolla, Pasha Ungu dan Taufik Batisah.- GayahIsTyping
You may also like
-
M.Nasir Lakar Sejarah – Tampil Konsert Khas Hari Raya
-
Terpaling Raya Jadi Tum Tum Raya – Shiha Zikir Dan Ieda Berkurung 22 Jam Demi Muzik Video
-
RR By Rizman Ruzaini Kekal – Tambah Koleksi Selain Baju
-
Buka Puasa Hari-Hari Dengan Durian Musang King – Buffet Ramadan Hotel Tenera Terus Jadi Pilihan Ramai
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya