March 1, 2024

Shuib ‘Bebas Tanpa Lepas’ Dari Suria FM

KUALA LUMPUR : Bukan mudah untuk mencapai keputusan yang dibuat hari ini iaitu melepaskan Shuib sebagai penyampai tetap di Suria FM. 

Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abd Majid berkata, hal itu terpaksa dibuat bagi menghormati keputusan Shuib yang mahu menumpukan urusan berkaitan perniagaannya yang semakin berkembang.

“Shuib sangat berdedikasi dah akan terus menjadi sebahagian daripada keluarga Suria FM sejak bersama dengan kami. 

“Walaupun tidak lagi bersama kami secara tetap, Shuib akan sentiasa ada dengan Suria untuk projek khas serta kemunculan istimewa mengikut kesesuaian jadual dirinya,” katanya yang lebih mesra dikenali sebagai DJ Lin.

Bagi penyampai Suria Cinta itu, kerjasama dengan Shuib sangat berharga dan Suria FM sentiasa bersedia untuk projek lain pada masa depan.

Terdahulu, selepas lebih setahun menjadi penyampai di segmen Morning Morning Suria, kini kerjasama Suria FM bersama Shuib telah berakhir berkuat kuasa pada hari ini.

“Mewakili keluarga Suria FM, kami berterima kasih diatas segala komitmen padu dan elemen kreatif yang dibawakan oleh Shuib kepada stesen radio kami. Diharapkan beliau terus berjaya dalam setiap usaha perniagaan dan kerjayanya,” ujarnya.

Persoalan mengenai siapa pengganti Shuib masih terlalu awal untuk diputuskan, tetapi pihak Suria FM akan memaklumkan kepada umum mengenainya sebaik keputusan rasmi dicapai.

Khabarnya, Suria FM juga bakal membuat pengumuman khas termasuk menampilkan wajah baharu sempena perancangan strategik 2024.

Untuk rekod, Shuib mula berkhidmat sebagai penyampai di Suria FM pada 29 Ogos 2022. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts