December 1, 2022

Lawyer handsome bagi tips tuntut hutang

Kesian laa Gayah tengok kawan-kawan Gayah ni, selalu je mengadu pasal kena tipu sebab ada yang hutang dorang tapi tak nak bayar sampai ke sudah.

Tiap kali online Facebook saja mesti ada yang memuat naik status yang menyedihkan sebab niat baik mereka meberi hutang pada orang yang mengadu ditimpa kesusahan selalu saja mengena balik kat diorang.

Orang yang berhutang tu bukan setakat tak mahu bayar balik duit dipinjam, yang lagi teruk ada yang terus senyap lari lintang pukang  sebab tidak mahu dihubungi, ada juga yang marah-marah balik orang yang bagi hutang. Aikk ni dah kes terbalik.

Jadi kawan Gayah mengamuk la dalam Facebook dengan harapan orang yang berhutang tu nampak status tu, siap letak hadis pasal tanggungjawab bayar hutang lagi. Sekali puak-puak ketegaq ni dah tutup akaun mereka. Sadis!

Mujur laa Gayah ada ramai kawan lawyer, jadi Gayah tanya lah macam mana nak selesai kes macam ni, hutang pulak bukannya banyak bawah RM5,000, takkan mahu ambil upah peguam pula.

Jadi Gayah rujuk kes macam ni kat kawan Gayah yang peguam ni, nama dia Gayah panggil Wan saja, dia ni memang hensem (eh iklan sekejap). Wan beritahu, untuk tuntutan hutang bawah RM5,000, kita boleh bawa kes ke Mahkamah Majistret (Bahagian Tuntutan Kecil).

Kata Wan, mahkamah ini hanya mendengar kes tuntutan yang jumlahnya tidak melebihi RM5,000, dan bila kes ni mula bicara, orang yang bagi hutang dan berhutang tidak boleh pakai peguam, tetapi boleh berunsing dengan peguam di luar mahkamah kalau mampu.

Wan yang hensem ni (laa tak payah laaa) beritahu lagi,  kawan Gayah yang teraniaya ini boleh pergi ke Pejabat Pendaftar Mahkamah Majistret, lepas tu isi Borang 198. Dalam borang tu kena beritahu apa yang hendak dituntut dan bagi alasan kenapa buat tuntutan tu.

“Tak perlu risau, nak failkan tak mahal, dalam RM20 sahaja. Bila mahkamah dah bagi tarikh bicara, kena bagi borang writ kepada orang yang berhutang tu, kalau nak serah tangan pun boleh, nak pos berdaftar pun boleh.

“Bila masa bicara, bawa je semua dokumen macam resit ke, perbualan Whatsapp ke, PM tepi dalam Facebook ke bagi je semua biar mahkamah. tengok bukti kita ada bagi pinjam duit kat orang tu,” kata Wan lagi.

Jadi, Gayah nak bagi nasihat kat kawan-kawan yang teraniaya ni. Pergi la beramai2 serbu mahkamah majistret, biar puak-puak ketegaq ni tak berani dah nak menganiaya orang lagi.

Kalau nak suruh Gayah temankan, ok juga tapi belanja lah Gayah makan lepas tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts