March 20, 2025

Kelly Azman Bikin Showcase AJL39 – Cover 10 Lagu Finalis

Menghangatkan bahang Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39), Kelly Azman tampil dengan sebuah muzik video istimewa menyaksikan dia menyanyikan semula atau ‘cover’ secara medley 10 buah karya finalis yang bakal bersaing pada 16 Februari ini.

Kelly atau nama sebenar Raja Azman Raja Ayob, 48, berkata, dia mengambil masa kurang daripada seminggu untuk menyiapkan projek tersebut yang diberi nama ‘AJL39 Showcase – Kelly Azman’.

Katanya, dia juga menggunakan khidmat juruvideo profesional dan menggayakan 10 pasang persalinan berbeza.

Saya mengambil masa lebih kurang seminggu untuk buat persiapan termasuk dari segi konsep dan juga baju yang mana menggunakan 10 persalinan.

Saya juga menggunakan juruvideo profesional untuk muzik video tersebut dan paling penting saya menyanyi ‘live recording’.

Ditanya mengenai inisiatif sendiri untuk menyiapkan muzik video tersebut, pelantun lagu ‘No No No’ itu menjawab dia mahu meraikan 10 buah karya yang berjaya melangkah ke AJL39.

“Saya mahu menghiburkan netizen terutama yang meminati acara kemuncak AJL39 nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Kelly menyedari muzik video yang kini sudah dimuat naik di YouTube mendapat kecaman netizen, namun tidak mengambil hati. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts