Kemeriahan Ramadan dan Syawal sudah bermula hari ini sehingga 6 April depan di Melawati Mall dengan kempen ‘Syawal Membayu’.
Tahun ini, Melawati Mall mengangkat tema nostalgia dengan menggambarkan suasana kemeriahan menyambut Hari Raya di kampung.
Majlis pelancaran kempen itu diadakan meriah termasuk kehadiran selebriti terkenal Hunny Madu.
Dekorasi bertemakan nostalgia kampung menghidupkan lagi kemeriahan sambutan Hari Raya, Melawati Mall menampilkan dekorasi yang diinspirasikan oleh keindahan suasana perkampungan nelayan, lengkap dengan elemen rumah tradisional dan hiasan bertemakan warisan Melayu.
Melawati Mall menawarkan pelbagai koleksi Raya terkini daripada jenama seperti VARIANTE, HLA, Raea, Lee, Fana Couture, Omar Ali, dan banyak lagi.
Melawati Mall juga menawarkan pengalaman membeli belah yang lebih bermakna dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang kempen ini, antaranya Persembahan Akordion & Muzik Multikultural, Tarian Tradisional & Demonstrasi Silat dan Bengkel Seni Kanak-Kanak.
Pengalaman berbuka puasa yang istimewa bagi pengunjung yang ingin menikmati juadah berbuka puasa, Melawati Mall menawarkan pelbagai pilihan restoran seperti US Pizza, Boat Noodles, Tony Roma’s, Manhattan Fish Market, Sopoong, Richeese Factory dan banyak lagi.
Pengunjung juga boleh menunaikan kewajipan membayar Zakat Fitrah di kaunter yang disedekahkan sepanjang Ramadan.
Sepanjang kempen ini, para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai promosi eksklusif serta menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa barang kemas emas eksklusif.
Untuk melayakkan diri, pengunjung hanya perlu berbelanja minimum RM1,000 di mana-mana butik atau premis yang mengambil bahagian di Melawati Mall dan menebus koleksi barangan Raya eksklusif di kaunter informasi. – GayahIsTyping
You may also like
-
RR By Rizman Ruzaini Kekal – Tambah Koleksi Selain Baju
-
Raikan Ramadan & Syawal – Julung Kali Di Damas Ramadan Market
-
Duo Pereka Fesyen Lancar Lagu Raya – Siti Nurhaliza & Aliff Syukri Sumber Inspirasi
-
SVG Worldwide Lancar Fesyen Streetwear 2025 – The Journey by Ashraf Anuar
-
Brik Raikan Ulang Tahun Pertama – Perkenal 21 Beg Baru Pelbagai Warna