Satu Langganan, Dua Platform – Viu dan iQIYI Bergabung Tawar Lebih Banyak Hiburan Asia

KUALA LUMPUR: Berita menarik buat peminat drama Korea, China dan hiburan Asia! Dua platform penstriman popular, Viu dan iQIYI International kini bergabung menawarkan pakej langganan khas yang membolehkan pengguna menikmati kandungan premium kedua-duanya menerusi satu pembelian.

Kerjasama yang diumumkan pada 15 Oktober 2026 itu bukan sahaja diperkenalkan di Malaysia, malah turut melibatkan tiga lagi pasaran Asia Tenggara iaitu Thailand, Filipina dan Indonesia, susulan pengumuman awal ketika APOS 2026.

Menerusi pakej gabungan berkenaan, pelanggan tidak lagi perlu membuat pembelian langganan secara berasingan untuk menikmati kandungan premium kedua-dua platform, sekali gus membuka lebih banyak pilihan hiburan daripada drama romantik, misteri dan thriller sehinggalah filem serta rancangan variasi popular.

Bagi peminat Viu, antara kandungan yang boleh dinikmati termasuk Viu Original Korea Oh! My Guard, Good Partner 2 dan One of a Kind Romance, selain produksi tempatan seperti filem kiDnap GAME serta drama misteri jenayah romantik Bayangan Dendam.

Tidak ketinggalan, Viu turut mempertaruhkan filem seram thriller Thailand The Rules, drama mikro High School Assassins dan rancangan variasi seperti Whenever Possible Season 5 serta Sixth Sense: B-Side yang pastinya menambah pilihan tontonan pelanggan.

Sementara itu, iQIYI International hadir dengan koleksi drama China dan produksi Asia lain, termasuk Spring of the Blade, drama Thailand Fool in Love, drama tempatan Sekali Lagi Bahagia serta siri Indonesia Bercinta Dengan Maut (The Other Sister).

Peminat drama China juga boleh menantikan judul seperti Love in Red Dust, Yunchu’s Vengeance dan When I Meet The Moon, selain menikmati koleksi popular termasuk Pursuit of Jade dan The Best Thing.

Menariknya, pengguna boleh mendapatkan pakej gabungan berkenaan menerusi laman web rasmi Viu atau iQIYI International. Bagaimanapun, pelanggan masih perlu menyediakan akaun berasingan bagi kedua-dua platform sebelum menikmati kandungan masing-masing.

Dengan kerjasama ini, Viu dan iQIYI International menawarkan pilihan lebih mudah kepada peminat hiburan Asia yang mahu menikmati pelbagai genre dan produksi dari seluruh rantau menerusi satu pakej langganan. Maklumat lanjut mengenai harga, pengebilan dan pengurusan langganan boleh diperoleh melalui pusat bantuan rasmi kedua-dua platform. – GIT MEDIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *