September 7, 2024

Bella Doakan Yang Terbaik – Sekiranya Bekas Suami Berubah Ke Arah Kebaikan

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya Aliff Aziz sekiranya lelaki itu berubah ke arah kebaikan.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas video yang tular mengenai Aliff yang kembali aktif dipercayai menyertai aktiviti keagamaan tabligh baru-baru ini.

“Saya tidak tahu mengenai hantaran yang tular di TikTok sebagaimana yang diperkatakan. Kalau boleh, saya tidak mahu komen lebih lanjut.

“Sebab itu adalah perjalanan hidupnya. Lagipun kita tak tahu apa niat sebenar seseorang itu. Kalau betul, Alhamdulillah. 

“Dan sekiranya dia mahu berubah ke arah yang lebih baik pun, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik saja,” katanya kepada media selepas sidang media Konsert Jiwa Malaysia 2024 di Pavilion Bukit Jalil.

Sebelum ini, tular sebuah video memperlihatkan Aliff Aziz dilihat bersama-sama dengan sekumpulan tabligh baru-baru ini.

Menerusi sepotong video yang dikongsikan oleh Ustaz Haji Taufik di TikTok, Aliff yang dilihat mengenakan serban putih berada di salah sebuah masjid di Singapura.

Dalam perkongsian sama, Ustaz Haji Taufik turut meninggalkan pesan agar orang ramai tidak mudah meletakkan hukum sesama manusia.

Untuk rekod, Aliff pernah mengikuti jemaah tabligh sekitar Ogos 2021.

Selain Bella, konsert berkenaan yang akan berlangsung pada 7 September depan di Stadium Hoki Bukit Jalil turut menampilkan Spider, Hujan, Bunkface, Dolla dan Insomniacks. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts