BUKIT JALIL : Dua finalis Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) membuat gimik terbang ketika menyampaikan lagu mereka malam ini.
Aisha dan Aina masing-masing membawakan lagu Sutera dan Jangan Mati Rasa Itu dengan aksi terbang dalam persembahan mereka yang memukau seisi penonton di Axiata Arena di Bukit Jalil.
Aisha dan Aina melakukan aksi itu ketika penutup persembahan mereka dan membuatkan majoriti penonton memberikan standing ovation.
Kedua-dua mereka juga berjaya mengawal persembahan dengan baik termasuk vokal meskipun berada di atas ketika di udara.
Aisha turut melakukan beberapa aksi manakala Aina berani dengan tergantung pada ketinggian dalam beberapa ketika.
Tidak keterlaluan andai dikatakan mereka berdua antara paling layak untuk mengungguli kategori persembahan terbaik. – GayahIsTyping
You may also like
-
Pak Lah Meninggal Dunia – PM Ke-5 Hembus Nafas Terakhir di IJN
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual