April 14, 2024

Ziana Zain Kembali Memukau di AJL38

BUKIT JALIL : Diva Ziana Zain yang kembali beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) memukau penonton dengan persembahan bertenaga membawakan lagu Waktu.

Ziana yang berduet dengan bakat baharu Hasif Upin mendapat standing Ovation dalam kalangan penonton di Axiata Arena di sini sebaik tamat membuat persembahan.

Muncul dalam persalinan ala watak video klip muzik itu persembahan Ziana juga mendapat sorakan setiap kali berjaya melantunkan nota tinggi.

Hasif juga memberikan paduan suara yang baik dalam persembahan berkenaan.

Ziana muncul kembali selepas 15 tahun tidak beraksi di pentas AJL sebaik penyertaannya di edisi AJL23 pada 2008 menerusi lagu Dingin.

Sebelum ini, pemilik nama sebenar Siti Roziana Zain mengaku gugup, biarpun bersyukur lagu dendangan layak mara ke pentas akhir.

“Lebih-lebih lagi Hasif, kali pertama bersaing di AJL. Hasif beritahu, dia takut. Saya cakap, jangan takut, tengok sahaja muka saya apabila berada di pentas,” katanya.

Single Waktu dihasilkan komposer dan penulis lirik iaitu Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan John Jeeves bersaing dengan 11 lagu lain. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts