May 19, 2024

Sesi Eksklusif Bersama Ziana Zain

KUALA LUMPUR: Bagi menyemarakkan lagi konsert Diva Ziana Zain pada Mei depan, satu sesi eksklusif peminat bersama penyanyi kesayangan ramai itu bakal diadakan pada Ahad ini.

Penganjur konsert itu, Anuar Zain Network & Ziana Zain Network dengan kerjasama Altus Prohouse berbesar hati menganjurkan sesi bertemu dan tandatangan eksklusif sebagai tanda penghargaan buat peminat bersempena perayaan awal Ziana Zain Concert 2024 yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2024 ini.

Acara sesi autograf itu akan diadakan pada 21 April 2024 bermula pukul 3 petang di Centre Court, Sungei Wang Plaza bersempena dengan “CSA Academy Mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024 nanti.

“Pihak penganjur mengalu-alukan kehadiran peminat yang telah membeli tiket-tiket Ziana Zain Concert 2024 untuk beramah mesra sekaligus mendapatkan tandatangan eksklusif daripada idola mereka pada lokasi dan tarikh yang telah ditetapkan.

“Dengan penganjuran acara seperti ini diharapkan akan menambah keghairahan dan keterujaan buat peminat untuk hadir ke Ziana Zain Concert 2024 pada 25 Mei 2024 ini,” kata wakil penganjur.

Bagi menyertai sesi eksklusif itu, Peminat perlu menebus poster atau kad foto yang disediakan di kaunter untuk menyertai Ziana Zain Concert 2024 Autograph Session.

Sesi menebus poster atau photo card dibuka bermula pukul 12 tengahari dan akan dijalankan mengikut sistem siapa cepat mereka dapat.

Hanya 200 peminat terawal akan berpeluang bergambar dan mengambil tandatangan bersama Ziana Zain di atas pentas

Justeru untuk pemegang tiket Ziana Zain Concert 2024 dalam semua kategori jangan sampai terlepas peluang keemasan untuk ikut serta dalam sesi ini.

Jadilah 200 peminat tegar paling awal yang akan bertentang mata, bergambar kenangan dan membawa pulang tandatangan eksklusif Ziana Zain sebelum menjamu halwa telinga pada Ziana Zain Concert 2024 di Mega Star Arena, 25 Mei 2024. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts