KUALA LUMPUR : Selepas berat badannya turun mendadak, usahawan kosmetik dan selebriti media sosial Nur Sajat disyaki menghidap penyakit kanser.
Dia memberitahu doktor hanya mensyaki dia menghidap penyakit berbahaya itu dan menyarankan dirinya menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh serta Imbasan Tomografi Berkomputer atau CT Scan bagi mendapatkan pengesahan.
“Sebenarnya saya hanya disyaki hidap kanser bukannya betul lagi sebab doktor terkejut tengok saya kurus mendadak.
“Dia kenal saya, tanya ada pening-pening ke? Dia periksa tekak, mata dan minta jalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh.
“Biasalah doktor di sini akan tanya macam-macam bila tengok kita kurus. Lagipun, doktor tahu saya ada kad kesihatan, jadi nak buat tuntutan,” katanya dalam perkongsian TikTok.
Menurut Sajat yang kini bermastautin di Australia, keadaan berat badannya semakin berkurangan disebabkan aktif menyertai kelas tarian, selain berdiet.
“Saya kurus sebab masuk kelas menari, selain tukar rutin diet. Doktor pula bila tengok kita kurus, dia akan mensyaki yang bukan-bukan.
“Tak tahulah betul atau tidak, kalau betul pun biarlah. Tak kuasa, malas nak fikir. Lagipun, anda semua bukan sayang saya pun,” ujarnya secara berseloroh.
Pempengaruh media sosial berusia 38 tahun itu turut mengakui tertekan apabila keadaan tubuhnya dipersoalkan segelintir individu terutama ketika melakukan siaran langsung.
Perkara tersebut membuatkannya lebih beremosi tambahan pula pada ketika dia tinggal bersendirian di negara orang.
Beberapa hari lalu Sajat dalam keadaan menangis membuat pengakuan mengejutkan apabila mendakwa hanya menunggu masa berikutan serangan kanser.
Walaupun tidak memperincikan sebarang informasi tambahan, rata-rata netizen meluahkan simpati selain ada yang meminta maaf kepadanya. – GayahIsTyping
You may also like
-
Makar Fest Cipta Sejarah – Issey Berjaya Pujuk M.Nasir Kembali Ke Kota Bharu
-
Mulanya Rakam Untuk Demo – Bila Sedap, Terus Jadi Single ‘Dengan Lafaznya’
-
Kempen ONEXOX Lucky Angpaw Huat Ah – 2.5 Juta Pelanggan Berpeluang Menang Hadiah RM8,888
-
Amy Search Muncul Konsert Solo – Guna Pengarah Muzik Beyonce
-
Along Cham Sah Lafaz Cerai Taklik – Semalam Bebas Tanpa Lepas Kes Dadah