December 8, 2024

50,000 Dijangka Hadir Karnival Semarak Semenyih 2024

KUALA LUMPUR : Seramai 50,000 pengunjung dijangka hadir dalam Karnival Semarak Semenyih 2024 yang akan diadakan pada 1 sehingga 4 Februari ini. 

Pengerusi karnival Nik Baizura Sabiamad berkata, jangkaan jumlah tersebut berdasarkan sambutan yang menggalakkan sebelum ini iaitu menerusi Karnival Semarak Bangi.

Setakat ini katanya, lebih 100 vendor makanan dan minuman’viral’ dijangka mengambil bahagian dalam karnival berkenaan.

“Tujuan karnival ini diadakan untuk memupuk perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan etnik selain membantu usahawan dan meningkatkan ekonomi penduduk setempat, “ katanya dalam satu kenyataan.

Beberapa artis tempatan turut dijemput dalam karnival berkenaan antaranya Nash , Ezlyn, Nazia Mustapha, Zarina Zainudin, Serina Chef Wan, Aida Aris dan Raja Emma

Karnival yang akan diadakan di Eco Hill Walk Semenyih itu dianjurkan Ultimate Titan Sdn Bhd dengan kerjasama International Lighting Show dan Kelab Muay Thai Hallo Fight Club.

Dalam pada itu Nik Baizura yang juga Pengarah Ultimate Titan berkata, Karnival Semarak Semenyih turut menganjurkan program utama seperti International Lighting Show secara besar-besaran selain menghimpunkan penggiat muaythai amatur dari seluruh Malaysia.

Katanya lagi karnival ini akan menjelajah di beberapa tempat termasuk Stadium Kajang pada 29 sehingga 3 Mac ini dan di beberapa negeri lain. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts