KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) berharap dapat mengumpul dana RM1 juta bagi membantu pembangunan ekonomi komuniti orang kurang upaya (OKU) penglihatan.
Usaha itu dilakukan menerusi penganjuran majlis makan malam perdana dan anugerah PPOBM yang turut mendapat kerjasama dari dua artis popular tanahair, Hafiz Suip dan Adira Suhaimi
Sokongan boleh dibuat melalui pembelian meja berharga serendah RM1,000 bagi individu pada majlis makan malam pada 22 Februari ini Bangi Avenue.
Selain majlis makan malam, PPOBM
sebuah organisasi yang bergerak aktif dalam bidang kebajikan, pendidikan, ekonomi dan sukan untuk golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan, berhasrat untuk merai dan menghargai usaha golongan yang terpilih ini agar masyarakat Malaysia mengiktiraf kejayaan mereka dan memberi peluang kepada golongan tersebut menjadi sebahagian daripada kebanggaan negara.
Selain dari itu, ia juga bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada golongan muda OKU Penglihatan agar tidak sekadar menunggu bantuan bahkan mencipta sendiri peluang kejayaan.
Pengarah Program Shukri Shuhaimee berkata, PPOBM Award & Grand Dinner 2023 telah dirancang sejak 2018.
“Namun ia tergendala kerana Pandemik Covid-19 menimpa seluruh dunia. Tahun 2023 adalah tahun paling sesuai untuk kami melancarkan acara ini dengan jayanya.
“Program ini dianjurkan adalah untuk mengumpul dana dan ingin masyarakat tahu kewujudan PPOBM. PPOBM sentiasa ingin membantu OKU Penglihatan walau di mana mereka berada. Semoga dengan cara ini, ramai tampil memberi sumbangan dengan membeli pakej yang kami sediakan,” katanya.
Sebanyak tujuh anugerah akan diberikan. Ia terdiri dari Anugerah OKU Cemerlang dalam bidang pendidikan di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, atlit yang mewakili negara, sukarelawan yang menderma dan pencapaian lain. Hadiah yang bakal diterima adalah Trofi Braille. Buku Braille. Wang Tunai RM 1000″, jelas beliau
PPOBM mensasarkan dana sejumlah RM1 juta dapat dikumpulkan dari penganjuran majlis tersebut dimana dana itu kelak akan digunakan untuk proses penerbitan bahan bacaan Braille untuk kegunaan OKU Penglihatan dan membina jaringan kenalan baharu buat semua penderma dan penaja.
Penganjuran majlis makan malam perdana dan anugerah PPOBM ini turut dibantu oleh rakan kolaborasi utama seperti OilyLicious Healthcare Sdn Bhd dan Moment Learning Management serta beberapa rakan kolaborasi yang lain.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di aplikasi whatapps +6011 6219 7914 atau layari laman sesawang https://dinner.ppobm.org.my/ – GayahIsTyping
You may also like
-
RR By Rizman Ruzaini Kekal – Tambah Koleksi Selain Baju
-
Buka Puasa Hari-Hari Dengan Durian Musang King – Buffet Ramadan Hotel Tenera Terus Jadi Pilihan Ramai
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya
-
Anjung Syawal Sasar 1 Juta Pengunjung – Cipta Sejarah Lancar Lagu Raya
-
Duo Pereka Fesyen Lancar Lagu Raya – Siti Nurhaliza & Aliff Syukri Sumber Inspirasi