KUALA LUMPUR: Meskipun risau dengan keadaan kesihatan yang terganggu baru-baru ini, Liza Hanim tetap dengan semangat ‘The Show Must Go On’ bagi menjayakan konsert sulung berskala besarnya, Liza Hanim 27 Years Journey In Concert Ahad ini.
Liza atau nama sebenar, Haliza Hanim Abdul Halim berkongsi, dia mula mengalami gejala demam minggu lalu sebelum sakit dada sehingga terpaksa mendapatkan rawatan susulan untuk dua minggu.
“Sebenarnya, saya tak pernah semput. Kalau ikut apa yang doktor cakap, ini memang berpunca daripada virus, tapi tak tahu jenis apa. Dada dan badan sakit. Saya kadang-kadang tak cukup nafas, semput.
“Situasi ini buat saya rasa lain, tapi mahu atau tidak, saya kena teruskan juga. Ini adalah impian yang bakal terlaksana. Saya anggap sahaja ini sebagai dugaan. Itu yang paling merisaukan tetapi setakat ini, bertambah sihat.
“Saya tak pernah kena dan rasa perkara sebegini, ini sesuatu yang baru buat saya. Tapi, saya bersyukur kerana pasukan dan guru vokal, Cikgu Shafie sentiasa membantu serta menjaga saya,” katanya.
Bakal membawakan lebih 30 lagu dalam konsert tersebut, Liza berkata, dia akan mengikut apa sahaja saranan doktor dalam fasa ini dan berharap kesihatannya dapat kembali pulih sekurang-kurangnya 80 peratus menjelang konsert.
Pelantun lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu memohon semua mendoakan kesihatannya dan memaklumkan keadaan dirinya semakin baik.
“Setakat ini, kesihatan sayab bertambah baik. Antibiotik sudah habis dimakan, tetapi ada ubat-ubat lain yang diteruskan. Memang kena ambil masa juga. Harapnya, masa konsert semuanya baik-baik sahaja,” katanya.
Menerusi konsert anjuran LH Media Sdn Bhd bersama Laugh Out Loud Entertainment itu, Liza bakal menyampaikan koleksi lagu hit yang dipetik daripada tujuh album dihasilkan sejak bergelar anak seni. – GayahIsTyping
You may also like
-
Dana RM700,000 Menanti Pemenang AIM 24 – Perkenal Tiga Kategori Baharu
-
Seeking Rahma 2025 Angkat ‘Janji Yang Pasti’ – Mohamed Tarek Turut Buat Persembahan
-
Gandingan Aku Ada Zaki Yamani & Putri Dahlia – Simbolik Legasi Darah Seni
-
Keluang Man Adiwira Tempatan Bakal Cipta Fenomena – Strategi Diatur Sejak Tiga Tahun Lalu
-
Lebih 15 Juta Dalam Masa Empat Hari – Ejen Ali The Movie 2 Dapat Sambutan Hebat