March 20, 2025

Pelajar Universiti Anjur Program Belia Healing

KUALA LUMPUR : Pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Korporat (BK201) Universiti Poly-Tech Malaysia bakal menganjurkan program ‘Belia Healing’, sebuah program kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesejahteraan diri dan kesihatan mental, pada 25 Februari 2024 (Ahad) bertempat di Taman Botani Negara Shah Alam. 

Antara objektif program ini ialah memperkenalkan Universiti Poly-Tech Malaysia sebagai Institusi Pengajian Tinggi yang mampu melahirkan para pelajar yang mahir dalam mengendalikan dan menjayakan program sekali gus meningkatkan lagi kemahiran pelajar dalam berkomunikasi dan berurusan dengan pihak profesional untuk tampil lebih berkeyakinan dan beretika.

Tambahan lagi, program ini sejajar dengan gaya hidup masyarakat terkini yang sering “Healing” atau dengan bahasa mudahnya mempromosikan suasana santai dalam gaya hidup sekarang.

Seramai 100 peserta akan meyertai aktiviti Cycle Hunt dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan aktiviti-aktivit lain yang telah kami sediakan.

Antaranya ialah, terdapat ‘local vendor’ yang menjual pelbagai juadah dan barangan, beberapa aktiviti sukan lasak seperti Abselling, Paddle Boat, Flying Fox dan juga Open Mic oleh tetamu jemputan.

Untuk dapatkan maklumat terkini berkaitan program anda boleh ikuti :

IG: beliahealing_
Facebook: Belia Healing
Tiktok: @beliahealing24

Bagi yang berminat untuk menyertai boleh hubungi: 0199220219 (Anis) /011-64146102 (Puteri).

Portal GayahIsTyping turut menajaa tiga slot bagi pelajar yang berminat tetapi tidak berkemampuan untuk menyertai program sempena #BeliaHealing itu. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts