October 11, 2024

Jaclyn Victor Hadapi Laryngitis, Hilang Suara

KUALA LUMPUR : Peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV) Jaclyn Victor berdepan dengan jangkitan Laryngitis yang memyebabkan dirinya hilang suara dan sukar untuk bercakap.

Menurut pengurus Jaclyn, 45, yang dikenali sebagai Zulaikha, penyanyi itu mula merasa masalah pada bahagian tekak sejak Selasa minggu lalu.

“Tekak dia (Jaclyn) dah mula sakit sejak Selasa minggu lepas. Dia sudah berjumpa doktor dan masih cuba juga teruskan persembahan.

“Semalam (Isnin) suaranya semakin sayup dan dia hubungi saya dan beritahu memang tidak boleh bercakap,” kata pengurusnya itu.

Jaclyn ditemui media secara kebetulan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Selasa

Ketika berinteraksi dengan media, penyanyi lagu Gemilang itu hanya menunjukkan teks yang ditulis pada telefon bimbitnya.

Menurut Zulaikha juga pihak doktor mencadangkan agar Jaclyn berehat sehingga suaranya betul-betul pulih dan tidak dapat dijangka tempohnya.

“Kalau ikut cakap doktor memang dia tak boleh menyanyi dan perlu rehat. Sampai bila, kita pun tidak tahu.

“Minggu ini pun Jac ada dua persembahan. Tak tahu lagi apa yang akan jadi. Kita tunggu sahaja. Mungkin akan dapatkan suntikan,” katanya.

Dalam masa sama Jac tetap terus bersemangat untuk menyampaikan lagu All I Ask untuk minggu kesembilan ASGV Ahad ini.

“Persembahan kena teruskan. Apa berlaku nanti kita tunggu. Tak mungkin Jac tarik diri.

“Jac pun memang kurang rehat. Setiap kali sebelum naik pentas di selalu berdebar,” katanya. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts