October 11, 2024

Cekang & Cantik Dengan Che Ta

PETALING JAYA : Menyedari kecantikan menjadi rutin penting bagi setiap wanita, selebriti popular Rozita Che Wan atau Che Ta hadir dengan produk kecantikan terbaru keluaran syarikatnya, byrcw khusus buat kaum hawa dengan harga yang mampu milik. 

Memperkenalkan serum Cekang Jelita, artis popular yang juga ahli perniagaan ini berpendapat, produk asas penjagaan wajah seperti serum merupakan satu keperluan bagi kaum wanita selain pencuci wajah, toner, pelembab dan krim pelindung matahari.

“Penjagaan asas wajah memang satu keperluan buat wanita dan poduk asas seperti serum memang wajib ada dalam set penjagaan wajah harian mereka.

“Kerana itu saya memilih menghasilkan serum Cekang Jelita bagi membantu wanita merawat kulit wajah selain mampu melembab, mencerah dan menegangkan kulit wajah mereka,” katanya.

Sesuai namanya, kata wanita yang sentiasa tampil anggun bergaya ini, cekang yang bermaksud tegang itu mampu memberikan hasil yang cantik pada kulit wajah dengan penggunaan yang berterusan.

Menggunakan bahan utama berasaskan emas sebagai agen anti penuaan dan kolagen bagi melewatkan garisan halus dan kedutan, serum Cekang Jelita juga ditawarkan pada harga amat berpatutan agar semua wanita mampu memilikinya.

Dengan harga RM59.90 (15ml), harga yang ditawarkan sangat berbaloi kerana bagi Che Ta semua wanita berhak untuk cantik dan dia mahu mereka tidak merasa terbeban dengan membayar harga yang mahal untuk menjadi jelita.

Sempena pelancaran serum Cekang Jelita pada 24 Januari 2014 juga, lima ribu pembeli terawal akan mendapat serum di dalam kotak eksklusif bersama-sama sabun muka (gold bar soap) dan bedak asas pelindung cahaya matahari (sun screen foundation).

Pada majlis yang sama, Che Ta turut menperkenalkan jingle nyanyiannya berjudul byRcw yang dicipta oleh DJ Fuzz yang menjadi antara produk baharu keluaran syarikat byrcw bagi tahun ini. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts