December 1, 2022

Kuda Merah Rafiena

Bermula dengan one man show, siapa sangka kini usahawan wanita ini sudah berhak mengukir senyum.

Lebih sedekad membina empayar perniagaan dalam bidang penerbitan, Datuk Rafiena Ezanee Ramli, mengakui ia sudah menjadi gelanggang permainan bagi dirinya.

“Saya bermula dengan seorang sendiri, sampailah ada staf dan kini saya lebih gemar bersama kelompok yang kecil. Yang benar-benar ikhlas dan mahu bekerja.

“I decided to keep the circle small,” katanya penuh makna.

Gayah Stylo bawakan kali ini, Rafiena dengan kuda merahnya.

Kata pemilik produksi Darkwave Pictures dan rangkaian produk House of DRE, membeli Ferrari bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi ia adalah kepuasan apabila impian menjadi kenyataan.

Dalam hidup, produser popular dan jelita ini berkata, perlu ada wawasan baru boleh berjaya.

“Saya memang impikan memiliki Ferarri ketika berusia 30 tahun. Syukur rezeki dari Allah,” katanya.

Selain Ferrari, Rafiena turut memiliki beberapa kereta mewah lain.

“Ini juga investment untuk produksi saya. Kereta yang saya miliki digunakan untuk penggambaran,” kataya.

Gayah ucapkan terima kasih kepada Datuk Rafiena kerana sudi kongsikan aksi stylonya dengan si Kuda Merah!

 

 

 

Merasa Gayah naik sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts