PUTRAJAYA : Diinspirasikan dari acara larian unik di Tokyo, Jepun, TuneAds Sdn Bhd membawakan kepada peminatacara larian Putrajaya Green Light Run 2023 (PGR23) pada 9 Disember ini, bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengah malam bertempat di Anjung Floria, Putrajaya.
Ketua Pegawai Eksekutif Tune Advertising Sdn Bhd, Muhammad Hafiz Rozlan, berkata larian ini unik kerana pelari perlu berlari mengatasi masa lampu isyarat bertukar warna hijau dan melepasinya sebelum lampu isyarat bertukar merah.
“Sekiranya gagal melepasi selepas lampu isyarat bertukar merah, pelari perlu berhenti untuk menunggu lampu isyarat
bertukar hijau semula. Ia menyebabkan pelari akan berdepan kesuntukan masa untuk menamatkan acara larian.
“Cabaran larian ini memerlukan pelari mempunyai stamina, strategi dan fokus dalam melepasi semua lampu isyarat di
sepanjang laluan sejauh tujuh kilometer,” katanya.
Selain itu, pelbagai aktiviti menarik lain turut berlangsung antaranya Zumba bersama Nas Adila Dance Crew, pertandingan E-Sport, gerai jualan, belon panas, zon kanak-kanak serta cabutan bertuah seperti motosikal, skuter elektrik, televisyen 50 inci dan banyak lagi.
Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan konsert terbuka yang dihos oleh Fara Fauzana bersama artis terkemuka tanah air antaranya Erni Zakri, Afieq Syazwan, Amir Masdi dan ramai lagi.
“Selain daripada mengamalkan cara hidup sihat kalangan masyarakat, kami juga mempromosikan Putrajaya sebagai satu tempat riadah pada waktu malam.
“Larian ini unik dan pertama di Malaysia, dan kami memilih Putrajaya agar masyarakat dapat menikmati suasana beridah di Putrajaya bersama keluarga dan sahabat handai,” kata Hafiz menganggarkan seramai 8,000 ke 10,000 pengunjung bakal memeriahkan acara ini.
Peserta yang berminat untuk menyertai acara larian boleh melayari www.raceaxia.com. – GayahIsTyping
You may also like
-
Pak Lah Meninggal Dunia – PM Ke-5 Hembus Nafas Terakhir di IJN
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan
-
Yayasan Prihatin Salur RM1.5 Juta Sumbangan – Siri 25 Jelajah Ramadan Seluruh Negara
-
Yayasan Nurjiwa, Yayasan Prihatin Dan Cuckoo Anjur Majlis Silaturahim – Ceriakan Sambutan Syawal Mereka Yang Memerlukan