PETALING JAYA : Peguam yang mewakili Kaka Azraff memandang Warner Music Malaysia tidak memberikan sebarang sebab munasabah dalam Notis Penamatan terhadap penyanyi itu.
Sehubungan itu, pihak peguam dari Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil, Aidil Khalid meminta Warner Music Malaysia untuk memperjelaskan perkara itu termasuk adakah benar penamatan itu adalah disebabkan oleh DM Kaka yang bersimpati dan bersolidariti dengan rakyat Palestin dan Gaza, serta menempelak Israel?
“Sekiranya tidak benar, maka sila nafikan, dan berikan sebab mengapa penamatan kontrak Kaka Azraff telah diputuskan sedemikian. Come clean, with your explanation,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Sidang media berkenaan bertujuan menjelaskan kedudukan kontrak di antara Kaka Azraff dengan Warner Music Malaysia, yang kini didesas-desuskan sebagai telah ditamatkan secara tiba-tiba.
Dia berkata, pada 1 Disember iaitu Jumaat yang lalu, Kaka menerima satu Notis Penamatan oleh pihak pengurusan Warner Music Malaysia.
Notis Penamatan itu, hanya memaklumkan bahawa ia akan berkuatkuasa pada 31 December 2023 (jaitu tempoh notis selama 30 hari), tetapi tidak menyatakan sebab- sebab ia ditamatkan.
Tambahnya, di kala kekejaman, pembedilan dan pembunuhan m a s i berterusan dari sehari kesehari, dan setiap dari kita menyaksikan gambar-gambar, video-video menyayat hati kanak-kanak serta orang awam yang menjadi mangsa rejim zionis laknatullah, maka berdiam diri atau mengambil pendirian neutral, bukanlah satu pilihan.
“Di pihak peguam, kami juga telah menghantar surat balasan terhadap Notis Penamatan tersebut bagi pihak Kaka, bertarikh 5 Disember 2023, kepada pengurusan Warner Music Malaysia.
“Intipatinya, antara lain, mengambil maklum penamatan kontrak Kaka, tetapi dalam masa yang sama merizabkan segala hak Kaka di sisi undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jika perlu, memfailakan permohonan-permohonan di mahkamah, setelah penelitian dan perbincangan yang lebih lanjut di antara kesemua pihak,” katanya.
Namun Aidil berkata , ini hanyalah jalan akhir, dan bersedia untuk sebarang perbincangan secara baik dan menguntungkan kedua-dua pihak.
Sementara itu, Kaka berkata dia berharap penjelasan dapat diberikan oleh pihak syarikat rakamannya.
“Sebagai salah seorang artis rakaman, dan di antara yang paling lama di Warner Music Malaysia, saya percaya, paling kurang, saya seharusya diberikan sebab rasmi yang menjelaskan mengapa pihak pengurusan Warner Music Malaysia memutuskan untuk menamatkan kontrak saya.
“Saya tidaklah terkilan apabila kontrak saya ditamatkan, kerana saya percaya rezeki Allah itu luas, tapi saya terkilan kerana ia ditamatkan sedemikian rupa, secara tiba-tiba, tanpa menyatakan sebab dengan jelas atau ruang perbincangan, walaupun tempoh notis diberikan adalah selama 30 hari,” katanya.
Ditanya sama ada pernah bersemuka dengan pihak syarikat rakaman tersebut, Kaka berkata pertemuan berlaku pada 30 November lalu namun mereka hanya memintanya menandatangani surat penamatan kontrak.
“Kami ada berjumpa tapi bukan berbincang pada 30 November lalu. Saya tidak tandatangani surat berkenaan, sebab saya perlu perhalusi terma bersama peguam. Mereka menegaskan tindakan saya bercanggah dengan polisi global,” katanya. – GayahIsTyping
You may also like
-
M.Nasir Lakar Sejarah – Tampil Konsert Khas Hari Raya
-
Terpaling Raya Jadi Tum Tum Raya – Shiha Zikir Dan Ieda Berkurung 22 Jam Demi Muzik Video
-
RR By Rizman Ruzaini Kekal – Tambah Koleksi Selain Baju
-
Buka Puasa Hari-Hari Dengan Durian Musang King – Buffet Ramadan Hotel Tenera Terus Jadi Pilihan Ramai
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya