Awas! Kumpulan trio adik-beradik popular KRU bakal melakarkan sejarah tahun hadapan apabila muncul menerusi konsert mega berskala besar yang dijadualkan berlangsung pada 3 Mei 2025.
Konsert GenKRU itu dijangka akan dilakukan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Menurut abang long KRU, Datuk Norman Abdul Halim, kali terakhir KRU mengadakan persembahan pada 2018 di Istana Budaya dan sudah tentu beliau mengharapkan agar konsert GenKRU bakal meninggalkan seribu kenangan bukan sahaja buat KRU malah untuk peminatnya.
“Kami memang tidak menyangka setelah sekian lama kami menyepi akhirnya kami kembali dan bakal menemui peminat-peminat KRU.
“Sudah pasti konsert selama dua jam itu nanti akan banyak kejutan yang akan kami berikan buat semua peminat yang hadir.
“Termasuklah menari. Ya kami akan menari pada malam itu. Nak tahu dan nak lihat apa kejutan-kejutan jangan lupa dapatkan tiket yang akan mula dijual tidak lama lagi.
“Kalau kami beritahu semua itu bukan kejutan lagi,” katanya pada sidang media pengumuman Konsert GenKRU di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Norman dalam nada bergurau memberitahu, orang ramai akan rugi besar jika tidak menghadiri konsert GenKRU.
“Ini merupakan penampilan sulung kami bertiga setelah sekian lama menyepi dan penganjuran GenKRU sesuai dengan kembalinya kami ke dunia hiburan selepas 33 tahun kekal dalam industri ini,” katanya.
Justeru itu, untuk menjadi salah seorang saksi mata, telinga serta jiwa dalam sejarah penganjuran konsert paling epik 2025, jangan terlepas membeli tiket-tiket mengikuti kategori harga yang ditetapkan.
Harga tiket bermula dari kategori OOH!LA!LA! (RM258), AWAS(RM358), MENGERTI (478), TERHANGAT DI PASARAN (RM508), APASAJA(RM548) dan FANATIK (RM588).
Sebarang pembelian kunjungi WWW.TICKET2U.COM.MY/KRU mulai 20 Disember lalu. – GayahIsTyping
You may also like
-
Pak Lah Meninggal Dunia – PM Ke-5 Hembus Nafas Terakhir di IJN
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual