KUALA LUMPUR : Bekas raja pecut negara Nazmizan Muhammad mengajak semua stesen radio di negara ini memutarkan lagu Negaraku dan Ikrar Rukun Negara.
Jaguh Pecut Sukan SEA Hanoi 2003 itu berkongsi cadangan berkenaan dalam muat naik di laman sosial Facebooknya semalam.
“Boleh dah stesen radio putarkan lagu Negaraku dan Ikrar Rukun Negara setiap hari pukul 8 pagi da 6 petang,” kongsinya.
Status berkenaan mendapat lebih 200 tanda suka dan hampir 40 komen yang menyokong cadangannya itu.
Rata-rata netizen berkata, cadangan berkenaan sangat wajar terutamanya sempena sambuatan bulan kemerdekaan dan negara bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-66 tahun ini.
Malah, cadangan itu juga wajar dalam usaha memupuk semangat cintakan negara dalam situasi hari ini.
“Sokong, cadangan yang bernas satu padukan semua warga negara, sekarang asyik politik yang boleh pecah belahkan rakyat,” kata Karim Batjo dalam tulisan komennya pada hantaran Nazmizan.
Seorang lagi netizen turut berharap stesen radio memutarkan lagu-lagu patriotik lain yang sebelum ini sering dimainkan.
“Lagu-lagu patriotik pun, seperti Jalur Gemilang dan lain-lain lama sangat dah tak dengar,” kata Dien Pierre.
Nazmizan yang juga pernah beraksi dalam acara larian 200 meter di Sukan Olympics 2004 berkata, cadangan itu juga bukan hanya terhad sempena kemerdekaan tetapi sepanjang masa.
“Pada saya wajar diputar untuk menerapkan rasa cintakan negara kepada semua, bila dengar ada rasa hormat bukan abaikan saja.
“Kalau pun ada diputarkan ia pada masa tidak sesuai kalau pada waktu diacadangakan ramai yang akan dengar kerana masing-masing dalan kereta ke tempat kerja serta balik ke rumah,” katanya.

Dia yang juga pensyarah di Fakulti Bahasa dan Pengajian Umum, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkata, Rukun Negara juga wajar dikongsikan kerana ramai anak muda yang tidak tahu mengenainya.
Baginya, apabila diputarkan ia secara tidak langsung memberikan kesedaran kepada semua pihak demi kebaikan bersama. – GayahIsTyping