September 13, 2024

Siti Nurhaliza Tolak Kenyataan Universal Music Group Berhubung Isu Palestine

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menolak kenyataan yang dimuat naik syarikat rakaman Universal Music Group (UMG) di laman media sosial mereka mengutuk serangan Hamas terhadap Israel.

Siti memberitahu dia juga bukanlah artis di bawah naungan syarikat Universal Music Malaysia dan mereka hanya bekerjasama dalam projek albumnya.

“Kenyataan itu sangat mengejutkan. Mereka (UMG) sebuah label antarabangsa. Saya percaya pendirian Universal Malaysia tidak sama. 

“Apa yang disuarakan UMG itu tidak sama dengan pendirian saya. Saya tetap menyokong Palestine dan solidariti saya untuk negara itu,” kata pelantun lagu Menyapa Dunia itu.

Siti mengulas perkara itu selepas UMG membuat kenyataan yang dikongsi di laman Instagram syarikat itu pada 13 Oktober lalu yang memberi bayangan menyokong tindakan Israel dan mula tular baru-baru ini.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran Beausiti Baharu 2023 di sini hari ini yang turut mengumumkan wajah baharu produk itu iaitu pelakon Rita Nadira.

Untuk rekod album terbaharu Siti iaitu Sitism adalah edaran Universal Music Malaysia.

Sementara itu, selari dengan situasi semasa dan kezaliman yang sedang berlaku dalam konflik Palestine dan Israel, Siti membuat keputusan untuk menangguhkan konsertnya yang dijadualkan pada Mac tahun hadapan. 

“Perancangan untuk konsert saya tangguhkan dahulu. Isu sekarang tengah sensitif. 

“Bagaimanapun saya rancang untuk adakan satu majlis dan kutipan dana akan disalurkan kepada Palestine bersama Yayasan Nurjiwa,” ujarnya.

Siti juga melahirkan rasa syukur apabila kesemua anak angkatnya dilaporkan selamat dan kini berada di Utara Gaza.

Dalam masa sama Siti juga mengakui kini lebih memilih dalam menerima undangan menyanyi.

Sebagai seorang selebirti dia juga enggan terlalu berkongsi aktiviti harian tatkala mangsa perang Palestine hidup menderita.

“Sekarang ini kalau ada undangan menyanyi pun saya akan cuba selitkan dengan lagu-lagu ketuhanan,” katanya. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts