KUALA LUMPUR : Terengganu Fight Festival 2023 (T-Fight Festival 2023) membutktikan tidak ada halangan untuk beraksi dalam gelanggang sukan seperti Muay Thai tetapi masih mengikut sunnah.
Sinonimnya sukan seni bela diri ini pastinya membabitkan aksi atlet dengan seluar pendek paras peha, namun berbeza dengan penampilan pada festival yang bakal berlansung pada 29 hingga 30 September ini , jam 9 pagi di Stadium Tertutup Gong Badak, Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Ia selari dengan usaha yang diperkenalkan kerajaan Terengganu iatu Sukan Patuh Syariah atau Fit Is Sunnah.
Presiden Persatuan MuayThai Terengganu, Master Najmi berkata, konsep yang diperkenalkan bukanlah baru di negeri Terengganu kerana kebanyakan atlet dan sukan yang dijalankan mematuhi syarat-syarat menutup aurat.
“Tambahan lagi, pemakaian “tight’ dari atas pusat hingga bawah lutut yang dipakai memberi kelebihan kepada atlet merangkumi keupayaan melindungi otot serta prestasi tempur,” katanya.
T-Fight Festival 2023 itu julung kali dianjurkan oleh Persatuan Muay Thai Terengganu bakal menghimpunkan kira-kira 20,000 penggiat dan penggemar sukan Muay Thai tempatan serta antarabangsa.
Penganjuran T-Fight Festival 2023 kali ini merupakan kesinambungan kepada penganjuran sebelum ini, namun kali ini dirancang lebih besar dengan pengisian dan acara yang lebih hebat.
“Objektif penganjuran T-Fight Festival 2023 adalah untuk menghimpunkan para penggiat serta penggemar sukan tempur dari dalam dan luar Terengganu mahupun dari luar negara bagi mengambil peluang apa jua manfaat yang diisi sepanjang program ini.
“Program ini juga bertujuan untuk mencungkil serta mengetengahkan bakat-bakat baharu sukan tempur ini dari dalam Negeri Terengganu. Seterusnya ia dapat memberi satu imej kepada Negeri Terengganu sebagai negeri “SPORTS & TOURISM” yang popular serta mendapat perhatian di Malaysia,” kata Najmi.

Najmi juga berkata, penganjuran T-FIGHT FESTIVAL 2023 turut mendapat sokongan dan kerjasama kerajaan Negeri Terengganu, MOTAC – Tourism Malaysia 2023, KBS, MSN / KSNT, KDN / Polis Di Raja Malaysia, Jabatan dan Agensi Negeri Terengganu, GLC Terengganu, Swasta dan Korporat. – GayahIsTyping
Senarai T-FIGHT Fighters
• Ali Yaakub – Teras Muaythai Gym, Negeri Sembilan
• Mat Ropi – Singamuda Kuda Merah PDRM
• Aliff Rakib – Sor. Dechapant, Malaysia
• Sabri – Thaivisix, Terengganu
• Amir Sirvan – Muaythai Academy, Iran
• Ejo Ikan Bakar – Sri Jerteh, Terengganu
• Zulfakar – Thaivisix, Terengganu
• Pjan Piranha – Muaythai Club, Pahang
• Hakim – Red Lion Terengganu
• Abam Haikal Stble – Black Tiger Kelantan
• Akif Hakimi – Muay Singa Muda, Negeri Sembilan
You may also like
-
Kempen ONEXOX Lucky Angpaw Huat Ah – 2.5 Juta Pelanggan Berpeluang Menang Hadiah RM8,888
-
Amy Search Muncul Konsert Solo – Guna Pengarah Muzik Beyonce
-
Along Cham Sah Lafaz Cerai Taklik – Semalam Bebas Tanpa Lepas Kes Dadah
-
Anak Seni Dan Pendidikan – Haris Embong Yakin Ilmu Mampu Tingkat Kredibiliti Serta Kualiti Seni
-
Balai Seni Negara Perkasa Kreativiti Generasi Muda – Program Sayembara Lukisan Karya Agung Cetusan Bakat Mahasiswa YAE Generation Artpreneur