KUALA LUMPUR : Anak kepada seniman Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin, Hang Tuah dan abang sulung, Jefri Jins memutuskan untuk membawa kes berhubung surat wakil kuasa ke mahkamah.
Tuah berkata, kes itu diheret ke mahkamah bukanlah disebabkan harta atau kepentingan individu, akan tetapi untuk memberi keadilan kepada semua waris keluarga arwah.
“Kami mahu agar mahkamah membatalkan surat wakil kuasa bagi penjualan tanah dan mengembalikan semula hakmilik yang dipercayai telah dijual tanpa kerelaan arwah.
“Kemudian, kami ingin memastikan kesemua harta milik arwah dibahagikan secara adil kepada waris-waris yang berhak mengikut hukum faraid,” jelas Tuah dalam video yang disiarkan di YouTube.
Untuk makluman, Jefri merupakan anak tunggal hasil perkahwinan pertama Jins bersama seniwati Rahmah Rahmat.
Dalam tuntutan saman tersebut, Tuah bersama Jefri selaku plantif memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi dan deklarasi pembatalan surat kuasa wakil hak milik tanah pada 3 Januari 2019 di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Tuntutan saman tersebut dibuat kepada tiga defenden iaitu Jebat bersama peguamnya, Rosal Azimin Ahmad serta pemilik terkini tanah berkenaan iaitu Barakatul Kamaria Ahmad.
Untuk rekod, ketika video itu disiarkan di YouTube, kes berkenaan sudah selesai dibicarakan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam dan dalam proses menunggu untuk dibicarakan di Mahkamah Rayuan. – GayahIsTyping
You may also like
-
SFMM39: 30 Lagu Bersaing – Saingan Power Vocal & Penyanyi Baru
-
Gie Cipta Sejarah – Juara Wanita Pertama Kilauan Emas
-
Jamal Abdillah Imbau Memori Cinta Zack Azura – Konsert Istimewa Februari 2025
-
Aliff Syukri Tolak Tawaran Konsert – Fokus Perniagaan Beg Kulit Setanding Jenama Mewah Antarabangsa
-
Ernie Teruja Persembahkan Dirinya Di Aura: Ernie Zakri Live in Concert – Sufi Rashid Akui Ernie Pilihan Utama