September 7, 2024

Nash Harap Radio Putarkan Lagu Ya Maulana, Bakal Duet Jamal Abdillah

SEREMBAN : Penyanyi Datuk Nash berharap stesen radio dapat memutarkan lagu nyanyiannya bersama kumpulan Lefthanded berjudul Ya Maulana.

Beliau berkata lagu yang diterbitkan sekitar tahun 90-an itu membawa mesej mengenai peperangan seperti yang sedang melanda Palestine ketika ini.

“Lagu ini membawa mesej yang sangat bermakna dengan situasi peperangan seperti berlaku ketika ini dan sesuai dimainkan.

“Lagu ini sudah lama diterbitkan pada tahun 1993 dan berkaitan dengan kemelut peperangan,” katanya ketika ditemui pada sidang media Makan Malam Amal Kaseh PLG dan Konsert Mini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, lagu Ya Maulana dihasilkan bagi memperingati Nakbah iaitu peristiwa pengusiran rakyat Palestin sejak tahun 1948.

Lantaran itu, Nash berkata lagu berkenaan sesuai dimainkan bagi terus meniupkan solidariti terhadap rakyat negara berkenaan yang sedang bergolak.

Sementara itu, Nash juga akan bersama Jamal dalam Makan Malam Amal Kaseh PLG dan Konsert Mini anjuran Meem Planet Resources, bagi mengumpul dana untuk Palestine.

Beliau berkata, mereka bakal berduet menerusi lagu Kepadamu Kekasih pada malam itu nanti.

Jamal menambah sebanyak 18 lagu hits nyanyiannya akan dipersembahkan bersama Nash serta dua lagi penyanyi Azlan & The Typewriter dan Eka Sharif

Majlis itu akan berlangsung pada 22hb Disember depan di Hotel Royale Chulan, di sini. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts