KUALA LUMPUR: Awesome TV menerusi penerbitan program ‘Berita 757’ konsisten mengupas kandungan berita berkaitan isu-isu semasa dan sensitif yang dekat dengan masyarakat tanpa berpihak kepada mana-mana pihak.
Mengangkat slogan ‘Rakyat Keutamaan Kami’, program ‘Berita 757’ yang mula dilancarkan pada 1 Februari lalu bersiaran secara langsung pada setiap hari Isnin hingga Ahad, jam 7.57 malam di platform Astro saluran 123 dan MyTV saluran 112.
Menerusi durasi 33 minit, ‘Berita 757’ membawakan laporan harian yang merangkumi berita-berita nasional, tempatan dan luar negara merentasi segmen politik, isu semasa, ekonomi, jenayah, hiburan dan sukan.
Program ‘Berita 757’ dikemudikan oleh empat personaliti berita yang bertanggungjawab untuk mengendalikan slot harian secara bergilir-gilir.
Mereka terdiri daripada Dr. Mohd Ghazali Taib, Ain Syuhada Ahmad Bohari, Nadhra Mohd dan Adriana Ghafar.
Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV Datuk Adam Ilyas berkata, berita ialah komponen utama pilihan audiens yang berperanan untuk memberikan akses kepada sumber maklumat penting.
“Kami berpegang kepada kebebasan media serta berani menongkah arus untuk memberi kritikan dan teguran membina sambil menyalurkan maklumat.
“Kami menitik beratkan kawalan ke atas setiap isi kandungan liputan yang dibuat kerana sedar akan implikasi yang mungkin boleh berlaku setelah maklumat tersebut disebarkan dan diterima oleh orang ramai,” katanya.
Adam berkata walaupun dilancarkan pada 1 Februari lalu, ‘Berita 757’ terbukti berkesan apabila berjaya merekodkan kedudukan kedua teratas atau ‘Top 2’ bagi kategori berita dalam bahasa melayu dengan jumlah tontonan melebihi 18 juta sejak ia dilancarkan dua bulan lalu.
Beliau menambah, ’Berita 757’ turut berjaya meraih perhatian golongan muda apabila mencatatkan sejumlah 57 ribu pengikut di platform media sosial, TikTok.
Sementara itu, selebriti tersohor tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil dilantik sebagai tenaga pengajar yang akan melatih serta membimbing mereka.
“Kami amat berbesar hati dengan kehadiran Pak Nil yang sudi berkongsi pengalaman dan kepakaran yang beliau miliki untuk melatih personaliti ‘Berita 757’,” katanya. – GayahIsTyping
You may also like
-
M.Nasir Lakar Sejarah – Tampil Konsert Khas Hari Raya
-
Terpaling Raya Jadi Tum Tum Raya – Shiha Zikir Dan Ieda Berkurung 22 Jam Demi Muzik Video
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya
-
Khai AF Pengsan Tiba-Tiba – Terima Dua Jahitan Di Dahi
-
Elemen Lawak Seram Lagu Raya – ZUS Coffee Lancar Lagu Cerita Malam Raya